Isteri Bekerja Jangan Sibuk Ambil Tugas Hakiki Suami, Ini Sebabnya

0
2102

Sekarang memang ramai isteri bekerja, namun MENCARI nafkah merupakan tanggungjawab hakiki seorang suami untuk menyara si isteri dan anak-anak. Perkara itu tidak boleh dinafikan, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran dan hadis, juga ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW serta agamawan.

Namun atas peningkatan kos sara hidup yang semakin membebankan dan peredaran zaman, ramai wanita pada hari ini mempunyai karier tersendiri dan bekerja mencari rezeki.

KESAN ISTERI BEKERJA KEPADA INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM

Melihat kepada keadaan ini, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat bagaimanapun mengingatkan para wanita yang juga isteri bekerja tidak mengabaikan fitrah dan meninggalkan tigas hakiki sehingga mendatangkan keadaan yang tidak mesra dalam rumah tangga.isteri bekerja, nafkah isteri bekerja

“Tanggungjawab suami mencari rezeki adalah bertujuan untuk memberikan nafkah kepada ahli keluarga.

“Kefahaman ini perlu diperbetulkan kerana fitrah isteri menerima nafkah daripada suami.

“Hanya jika pendapatan suami tidak mencukupi untuk membiayai keperluan asas keluarga, barulah timbul keperluan isteri bekerja membantu untuk memantapkan nafkah keluarga,” katanya memetik rencananya di Berita Harian.

Mohd Nor dalam pada itu percaya pasangan suami isteri yang bekerja akan menambahkan lagi perasaan kasih sayang di dalam rumah tangga. Namun beliau mengingatkan setiap pasangan untuk mengelakkan sikap tuduh-menuduh dan perasaan hak milik masing-masing kerana akan mewujudkan ketegangan.

“Jika suami tidak berupaya dan ingin membantu, isteri bekerja boleh keluar mencari rezeki dengan izin suami serta dengan niat membantu suami dan keluarga. Tidak akan timbul perbalahan isu pendapatan hak milik sendiri ataupun suami yang mengambil kesempatan terhadap harta isteri,” katanya.

Mohd Nor berkata Nabi Muhammad SAW merupakan contoh paling sempurna seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak Baginda, di sebalik tanggungjawabnya sebagai pemimpin dan ketua negara.

Keadaan ini bersesuaian dengan firman Allah SWT : “Kaum lelaki ialah pemimpin bagi wanita kerana Allah melebihkan lelaki atas wanita dan kerana orang lelaki membelanjakan daripada harta mereka.” (An-Nisaa: 34).

“Suami perlu menjadi ketua yang membuat keputusan, sekali gus menuntut mereka untuk mempunyai ilmu dan matang dalam membuat keputusan terbaik.

“Seorang suami juga perlu bersungguh mencari nafkah dan mengelak daripada bergantung kepada isteri bekerja dalam soal nafkah.

“Namun, dalam kehidupan berkeluarga, kita juga saling bersinergi dalam menghargai dan menghormati peranan masing-masing kerana mempunyai skop tugasan tersendiri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here