Insiden Lemas Boleh Berlaku Tidak Kenal Usia, Ketahui Cara Elak.

0
798
lemas

Tiada siapa menduga atau mahukan insiden kemalangan lemas untuk berlaku. Namun apa yang menyedihkan, statistik yang dikongsikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkaitan insiden ini yang menyebabkan maut mencapai 400 kes setiap tahun.

Sudah tentu ini adalah satu isu yang serius! Tidak dinafikan keseronokan yang hadir apabila dapat bermain air terutamanya pada kanak-kanak.

Ini sudah tentu dapat dilihat setiap kali si kecil bermain dan mandi di pantai. Tetapi pastinya terdetik juga di hati kerisauan tentang isu keselamatan saat bermain di dalam air.

Langkah pencegahan Insiden Lemas

Insiden malang ini boleh berlaku di mana sahaja; kolam renang, sungai, laut mahupun di rumah.

Jadi persoalan utama kini, apakah langkah pencegahan dan cara mengatasi insiden lemas agar tidak berulang dan khalayak dapat melakukan aktiviti air dengan selamat dan menyeronokkan?

lemas

Berikut adalah langkah pencegah yang boleh dilakukan:

Rumah

  • Pastikan anda sentiasa mengawasi anak anda
  • Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan
  • Kosongkan bekas air seperti timba yang tidak digunakan. Sebaiknya terbalikkan bekas air tersebut
  • Tutup sebarang bekas tadahan air di dalam mahupun di luar rumah

Kolam renang

  • Nasihatkan anak anda supaya tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada di dalam air
  • Pastikan terdapat pengawal keselamatan berkelayakan bertugas
  • Sentiasa awasi anak anda dan jangan biarkannya sendirian
  • Pastikan anak anda menggunakan pelampung

Kawasan air lain seperti sungai atau laut

  • Elakkan dari membiarkan anak bermain sendirian berhampiran air
  • Ajar anak untuk mengenali tanda bahaya
  • Pastikan anak sentiasa memakai pelampung jika berada di dalam air
  • Berikan pakaian yang bersesuaian kepada anak
  • Waspada dengan kedalaman air
  • Sentiasa memantau keadaan anak

Pembelajaran atas talian

Sebenarnya, isu keselamatan dalam air harus bermula dari pendidikan. Di mana khalayak itu sendiri yang perlu memainkan peranan untuk mengurangkan risiko insiden seperti ini daripada berlaku.

Program pendidikan yang melibatkan pengalaman pastinya dapat membuka minda setiap individu mengenai kepentingan mengetahui keselamatan di dalam air.

Bercakap mengenai pendidikan keselamatan di dalam air, sebenarnya terdapat inisiatif yang dilakukan antara kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Open Learning Global (M) Sdn Bhd.

Usaha sama ini telah mewujudkan kursus Keselamatan Air secara dalam talian dan aplikasi mudah alih di UPM Water Safety.

Di laman web itu anda akan di ajar mengenai keselamatan berhampiran air, kemahiran asas menyelamatkan diri serta teknik menyelamatkan mangsa dan tindakan sewajarnya yang boleh dilakukan jika berdepan dengan situasi kecemasan di dalam air.

Sentiasa berwaspada

Perkara utama dalam menangani isu berkaitan insiden lemas ini adalah untuk sentiasa berwaspada.

Sebagai ibu bapa, jangan pernah mengambil atau memandang remeh isu keselamatan anak setiap kali membawa mereka bermain air, tidak kira walau sehebat mana anak anda berenang.

Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa, dan sudah tentu langkah pencegahan adalah yang terbaik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here