Inilah Gaya Tak Ada Sivik Anak Muda Minta Resign Kerja, Kan Dah ‘Mendapat’!

0
276

Tak kiralah kerja yang diminta itu separuh masa, sepenuh masa, sementara ataupun tetap, suka atau tidak perlulah mengikut etika kerja yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya majikan dah bagi kita peluang untuk bekerja dengan mereka, tak perlu lah ‘perdajal’ sampai begini sekali.

Kalau tadi kami ada kongsikan cara yang seolah-olah tiada adap dalam memohon kerja, ini satu lagi kes yang membuatkan sentimen negatif terhadap sikap golongan muda dalam dunia pekerjaan ini makin kuat.

Sudahlah minta kerja main cakap, bila nak berhenti kerja pun guna Whatsapp sahaja, malah cara pun salah bukan minta keizinan tapi seolah-olah memberikan arahan pula, menurut apa yang kami perhatikan, pekerja ini dapat tawaran melanjutkan pelajaran.

Hmmm, bagi kami lah, kalau kerja sementara pun dah bersikap begini, bagaimana pula bila dah jadi graduan muda nanti ya? Tapi kami suka dengan respon yang dilemparkan oleh majikan kepada pekerja yang tak ada sivik ini.

“Masa Minta Kerja Guna Mulut, Behenti Kerja Guna WhatsApp…”

Niat kami berkongsikan kisah ringkas ini bukanlah sengaja untuk memperlekehkan generasi muda sekarang, namun jadikan ia sebagai pengajaran dalam kerja, andaikata majikan bermasalah lakukanlah tindakan yang sepatutnya demi menjaga nama baik kita dalam industri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here