“IC Malaysia, Tak Reti Cakap Melayu” – Rhys William Pelik Kenapa Ramai Malu Dengan BM

0
470

Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (BM) tertakluk dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 sebagai Bahasa Kebangsaan.

Namun, penggunaannya kian dipandang sepi termasuk ‘Anak Malaysia’ sendiri walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi memperkasakan Bahasa Melayu.

Perkara ini turut mendapat perhatian lelaki dari United Kingdom yang telah hampir lima tahun menetap di sini, Rhys William.

“Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Tapi, kenapa ramai warganegara Malaysia tak reti cakap BM, ataupun malu nak cakap BM?” soalnya menerusi laman Twitter.

Posting Rhys itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna lain yang turut tertarik membincangkan isu berkenaan.

Alasan

Seorang pengguna berkata, terdapat banyak batasan menghalang orang ramai daripada menggunakan BM.

“Tolong senaraikan semua batasan tu. Ramai nak tahu kot,” balas Rhys.

Selagi ada sekolah jenis kebangsaan, BM takkan dapat diperkasakan.

IC Malaysia, tapi tak reti cakap BM

Baru perasan, jati diri rakyat Malaysia semakin tipis

Di manakah salah dan silapnya apabila rakyat sendiri malu bertutur dalam bahasa ibunda?

Sumber: CARI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here