Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syaratnya

1
13775

Pelik tapi benar. Itu apa yang kami boleh katakan apabila ketahui sebuah hotel di Jepun tawarkan harga murah tetapi merakam aksi anda dalam bilik tersebut.

Pasti ada daripada anda berasa terkejut, bukan? Hotel yang terletak di bandar Fukuoka ini menawarkan harga murah iaitu 130 yen (~RM4.95) untuk satu malam setiap hari.

Akan tetapi, jika anda bersetuju untuk menginap di sini, anda juga perlu membenarkan pihak hotel membuat liputan secara live di YouTube. Jadi, pengguna YouTube dapat melihat apa yang anda lakukan dalam bilik tersebut.

hotel

hotelSUMBER: SORANEWS24

Wartawan Berkunjung Merasai Sendiri Syarat Hotel

Wartawan SoraNews24 telah berkunjung ke hotel tersebut untuk melihat kesahihan perkara itu. Dapat dilihat rekaan bilik tersebut dalam keadaan yang baik dan seperti hotel-hotel di Jepun.

Pemilik hotel bertindak tawarkan bilik murah kerana bilik tersebut jarang disewa. Maka, untuk mengelakkan kerugian, bilik tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat murah.

SUMBER: YOUTUBE ONE DOLLAR HOTEL

Anda boleh menonton video live di YouTube One Dollar Hotel. Sanggupkah anda tidur di hotel yang murah tetapi privasi anda dicerobohi seperti ini? Apakah pandangan anda mengenai bilik hotel tersebut?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here