Hidup Di Lorong, Guru Terkejut Budak Lelaki Ni Bijak Hanya Belajar Sendiri

0
3742
budak lorong

Hidup Di Lorong, Guru Terkejut Budak Lelaki Ni Bijak Hanya Belajar Sendiri | Hidup manusia ini pelbagai, ada yang dikurniakan dengan rezeki melimpah ruah namun ada juga yang hidup serba kekurangan. Tetapi hakikatnya, kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Baru-baru ini seorang guru bernama Mohd Fadli Salleh, berkongsi lagi kisah penuh inspirasi membantu seorang kanak-kanak lelaki yang hidup serba kekurangan tapi sebenarnya mempunyai kelebihan dalam bidang akademik meskipun tidak bersekolah dan kadang kala tidur di lorong.

Dalam coretan di laman Facebook guru ini, telah menceritakan sedikit kisah hidup anak ini. Mari ikuti perkongsian ini..

Selalu nampak dia tidur di lorong sahaja

Seorang kanak-kanak selalu kelihatan tidur di lorong sahaja. Seorang insan baik hati, Kak Nooraini perasan anak ini.

Kelihatan lesu dan memegang perut tanda kelaparan. Maka diajak masuk McDonald’s, dijamu anak ini makan dan bertanya kisah hidupnya.

Sebelum beredar, anak ini minta untuk bungkus kentang goreng. Agaknya sebagai makanan waktu malam pula.

Kak Nooraini tak lena tidur memikirkan anak ini. Siapa sebenarnya dia. Di mana dia tinggal. Kat mana dia tidur setiap malam. Apa dia sudah makan atau belum.

Anak murid tolong cari budak lorong…

Maka malam tadi Kak Nooraini pm aku bercerita tentang anak ini. Tanpa buang masa, sebaik aku sampai kedai Awe jam 10:30 tadi aku kerah ‘askar-askar’ aku mengesan anak ini.

Askar-askar aku bukan kaleng-kaleng. Tak sampai 15 minit mereka mencari terus jumpa. Mereka pimpin tangan anak untuk untuk berjumpa aku.

“Jom ke kedai tu. Cikgu saya nak jumpa. Cikgu tu muka ganas, tapi dia baik.”

Geram betul aku, ada dia kata muka suci aku ni ganas. Takut-takut anak ini nak datang tadi. Hahaha.

Mula2 kata kenyang bila ajak makan, tapi pinggan licin juga…

Sebaik dia duduk, aku suruh dia order makan. Mulanya dia kata dah kenyang. Dengan sopan menolak.

Namun aku pujuk suruh order juga. Akhirnya dia mengalah. Sebelum makan dia doa dulu. Bagus budaknya. Tu diaaa, kata dah kenyang. Sepinggan penuh kejap je habis. Allahu. Nampak sangat dia sebenarnya lapar.

budak lorong

Mak sudah meninggal sebab kemalangan, tinggal dengan ayah tiri

Aku berborak dengan dia. Bertanya tentang latar belakang dan hidupnya. Ibunya meninggal dunia masa dia umur 8 tahun. Kemalangan jalan raya.

Setelah itu dia tinggal bersama ayah tiri. Dulu tinggal di Ulu Tiram, Johor. Umur 9 tahun datang ke Kuala Lumpur.

Tahu membaca dengan lancar…

Sejak itu dia tidak pernah bersekolah. Aku bertanya tentang ic dan surat beranak. Terus dia buka wallet, keluarkan salinan ic dan surat beranak.

Punya aku seronok dapat tahu dia ada dokumen pengenalan diri. Dokumen ni sangat penting. Bolehlah dia bersekolah nanti.

“Awak tahu baca?”
Angguk.
“Cuba baca tulisan di baju cikgu.”

Belajar sendiri dekat rumah…

Lancar dia baca. Bila aku suruh dia sebut masa dengan menunjukkan jam jarum aku, pun boleh dia sebut dengan tepat. Tambah tolak asas tu lancar je dia menjawab.

“Awak belajar kat mana?”
“Saya homeschooling je.”
“Siapa ajar?”
“Saya belajar sendiri.”

Tu dia. Homeschooling pun pandai sebut. English kau!

Budak ni ada potensi. Agak bijak budaknya. Ni kalau masuk sekolah boleh pergi jauh kalau kena gaya.

budak lorong bijak

Dia susah, tapi tak pernah mencuri & tak kawan dengan budak2 nakal

Aku siasat dengan askar-askar aku, budak ni bagus. Tak pernah mencuri, tidak merokok dan tidak melepak dengan budak-budak nakal.

Nantilah aku cuba usaha hubungi ayah tiri dia untuk urusan persekolahan. Tahun ni anak ini dah 13 tahun dah. Tahun depan sepatutnya dah masuk Tingkatan 2.

Katanya ayah tiri dia kerja jaga. Umur dah hampir 60 tahun. Tinggal berdua sahaja di sini.

Ayah tirinya tidak kisah dia balik atau tidak. Kadang-kadang 2-3 hari sekali baru dia balik rumah. ?

Takkan biarkan orang kelaparan, bantu selagi boleh

Terabai budak ni. Terus aku pesan kat dia,

“Lapar je datang kedai ini. Order apa awak nak makan. Datang setiap hari pun tak apa. Nanti cikgu bayarkan semua. Faham tak?”

“Baik cikgu. Terima kasih.”

Kedai Awe ni, Cina yang kurang siuman, auntie Indian yang selalu lalu lalang, beberapa keluarga asnaf, orang gila, OKU, semua aku suruh datang makan.

Datanglah untuk sepinggan nasi dan segelas air. Jangan risau. Selagi aku ada, selagi kedai Awe buka, selagi sokongan kalian pada aku ada, mereka ini takkan sesekali kelaparan.

Aku pernah melalui saat di mana duit langsung tidak ada dan hanya makan nasi sekali untuk 3 hari. Minum air paip, makan roti expired hanya untuk menghilangkan kelaparan suatu ketika dulu.

Aku tahu peritnya berlapar. Aku tahu betapa malu dan hinanya rasa diri bila tiada satu sen pun dalam kocek.

Dan aku takkan membiarkan sesiapa sahaja dalam pengetahuan dan radar aku untuk melalui saat sebegitu selagi aku mampu membantu.

Itu prinsip aku sejak dulu.

Aku tidak mampu nak bantu semua orang. Namun aku cuba sedaya upaya untuk membantu sesiapa sahaja disekeliling aku semampu aku.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah #DanaKITA.

Yang ingin mengirim sumbangan melalui Dana Kita, ini maklumat ya :

No akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.

@dana kita
#MFS
– Sentiasa ada kisah pilu di setiap lorong dan jalan –

Jangan Takutkan Budak Ni..

Tenang kawan-kawan. Niat nak bantu tu dah bagus. Tapi jangan buat dia terkejut dengan tindakan kalian. Karang dia lari payah pula aku nak cari.

Kawan-kawan kena ingat, dia masih ada penjaga. Walau nampak terabai, ayah tiri dia itulah yang bawa dari Johor sampai ke sini. Sediakan tempat tinggal. Bagi duit poket untuk makan, pakaian dan sebagainya.

Tak boleh dengan senang nak ambil dia gitu je. Tak boleh begitu.

Tak boleh juga pergi mengejut cari dia soal dia macam-macam. Nak bagi itu ini serentak. Membantu itu bagus, tapi kena ada cara. Wajib tahu cara. Bukan redah gitu hingga orang tak selesa.

JANGAN pergi desak dia dengan macam-macam soalan. Tak perlu nak angkut dia bawa ke mana-mana.

Sabar. Tenang. Bagi masa kat aku untuk urus satu demi satu.

Aku baru jumpa malam tadi, seterusnya susulan aku kena jumpa ayah angkat dia. Bertanya cerita sebenar, nak sahkan cerita dia.

Soal makan minum dia, tak perlu risau dah sekarang. Dia takkan lagi kelaparan. Dia dah ada tempat untuk makan. Soal tempat tinggal, dia ada rumah ( walau kadang kala dia tidur di lorong ). Walau jarang pulang, dia masih ada tempat berteduh.

Soal pelajaran, nanti la aku jumpa ayah tiri dia dulu. Pujuk daftarkan anak ke sekolah dan sebagainya.

Pihak Berwajib Juga Ingin Membantu

Pihak Maiwp pun nak hubungi aku dan bantu anak ini. JKM pun dah ada yang merisik.

Tapi tak boleh terus ragut begitu sahaja budak ni. Tak boleh secara tiba-tiba tarik dia ke dunia baru yang belum dia bersedia.

Ni berpuluh orang dah pm nak ambil dia sebagai anak angkat. Berderet dah nak turun cari budak tu kat lokasi yang aku sebut.

Aku risau dia terkejut dan tak boleh terima tiba-tiba semua orang cari dia. Semua orang tanya soalan macam-macam. Mungkin ada pula yang mendesak hingga dia buntu.

Mungkin ada soalan yang diajukan mengguris hati dia. Yang buat dia tertekan. Yang buat dia tak selesa. Yang buat dia rasa rimas.

Sehingga akhirnya dia menyorok atau menghilangkan diri seterusnya membantutkan usaha aku nak bantu dia. Ini aku risau. Ramai sangat yang teruja ni.

Sabar kawan-kawan. Tenang. Step by step okeh. Aku tahu apa yang aku lakukan. Aku tahu cara nak bantu dia. Kalian bagi sokongan dulu dari belakang.

Apa pun terima kasih atas perhatian dan sokongan kalian.

#MFS

Setakat ini perkongsian guru itu telah mendapat, 24 ribu tanda suka dan 10 ribu perkongsian di Facebook, boleh dikatakan ramai memuji tindakan murni cikgu tersebut sudi membantu kanak-kanak lelaki itu.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here