Ini Sebab Kita Perlu Hentikan Tabiat Tekan Snooze Setiap Kali Alarm Bunyi

0
2082

Boleh dikatakan majoriti daripada kita akan menggunakan penggera bagi mengejutkan kita daripada tidur. Telah menjadi kebiasaan, sekiranya jam penggera berbunyi, kita akan tekan snooze supaya dapat kembali tidur dalam tempoh yang singkat sebelum bangun.

Tidak kiralah kita gunakan jam loceng biasa ataupun telefon bimbit untuk menetapkan penggera, kita sentiasa akan memilih untuk melanjutkan tidur dalam beberapa minit. Namun, sedarkah anda perlakuan tersebut sebenarnya membawa kesan buruk terhadap diri dan kesihatan anda ?

Perkara ini kerana perbuatan tekan snooze boleh menyebabkan peningkatan dalam tempoh inersia. Tidur inersia merupakan perasaan gugup atau pening yang terkesan kepada kebanyakan orang ketika mereka bangun tidur. Disebabkan minda kita yang masih belum bersedia untuk bangun daripada tidur, keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada risiko pening kepala yang kebiasaannya berlaku 15 hingga 30 minit.

Akibatnya, badan menjadi lemah dan mengantuk sehingga tidak dapat menumpukan perhatian pada aktiviti yang akan dilakukan.

Dengan tekan snooze pada penggera, kita beranggapan dapat kembali tidur beberapa minit dan hormon dari badan akan dilepaskan. Namun, kita tidak sedar sebenarnya kita telah menipu badan kita sendiri.

Seperti kebiasaan yang dialami oleh kebanyakan daripada kita, terjaga daripada tidur yang sekejap  boleh membuatkan kita berasa tidak selesa dan tidak segar sepenuhnya.

5 MASALAH KERAP TEKAN SNOOZE PADA BADAN ANDA

Tapi tubuh badan anda tidak akan dapat menipu. Jika anda ada simptom salah satu 5 ini, itu bermakna kulaiti tidur anda sangat rendah.

1. Badan sangat letih walaupun baru bangun tidur

Tidur merupakan satu tempoh masa untuk badan dan otak kita berehat. Namun jika kamu bangun tidur dan masih berasa letih itu bermakna anda kurang tidur. Maka dengan itu harus ubah masa tidur dengan kadar segera. Jangan biasakan diri dalam keadaan begini berpanjangan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

2. Ada masalah untuk beri perhatian

Jika berada di tempat kerja anda susah bnak berikan fokus. Bila dalam meeting pujn anda boleh terlelap! Jika lebih teruk kamu akan berpeluh dingin dan sukar untuk berikan fokus sepenuhnya terhadap apa yang kamu lakukan. Usah paksa diri, sila pergi rehat dan tidur sekarang.

3. Set alarm lebih daripada satu

Setiap pagi anda pasti ‘berperang’ dengan alarm dan lebih kerap tekan snooze. Bukan satu tetapi mungkin lebih daripada lima waktu alarm telah anda set-kan. Jika anda mempunyai waktu tidur yang mencukupi badan akan secara otomatik akan bangun sendiri pada waktu yang diingini. Badan dan kita boleh dilatih untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari dengan syarat tidur dalam jumlah masa mencukupi.

4. Tak boleh survive tanpa kafein

Oleh kerana mengantuk anda pasti akan mencari kopi kerana kononnya untuk elak daripada mengantuk. Kesan ‘kick’ kafein yang diambil setiap hari menjadikan anda perlu mengambilnya untuk lebih segar. Apa akata setiap pagi selepas bangun tidur minum air kosong. Jika kafein diambil berlebihan ia boleh menggangu jam tidur anda.

5. Badan tak mampu melakukan banyak aktiviti dalam sehari

Ini petunjuk jelas yang anda kurang tidur. Jika badan sudah penat memang korang tak dapat buat banyak aktiviti. Sedangkan rakan-rakan relaks sahaja teruskan hari dengan pelbagai aktiviti kamu sudah termengah mencari kerusi untuk duduk. Ingatlah walaupun masih muda remaja tetapi setiap orang memerlukan waktu tidur dan rehat yang mencukupi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here