Gambar Wanita Kerja GrabFood Sambil Dukung Anak Buat Ramai Netizen Sayu

0
4882
wanita

Wanita Kerja GrabFood Sambil Dukung Anak | Perlu diingatkan artikel ini bukan untuk membuka aib sesiapa sekadar untuk memberikan inspirasi pada wanita-wanita diluar sana. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, servis Grabfood pada pendapat saya telah banyak membantu sedikit sebanyak ekonomi rakyat marhaen.

Bukan mudah untuk menjadi seorang wanita. Selain bergelar seorang isteri, tanggungjawab menjaga anak-anak juga perlu menjadi keutamaan.

Belum lagi masuk bab tentang pendapatan seharian yang tidak mencukup untuk menyara keluarga. Bagi sesetengah individu, mereka terpaksa melakukan kerja sampingan sambil menjaga cahaya mata.

Itu boleh digambarkan melalui dua keping gambar yang tular di laman Facebook apabila kelihatan seorang wanita dipercayai mencari rezeki sambil mendukung seorang bayi.

Posting yang dimuat naik Ainil Hawa itu memaparkan wanita tersebut melakukan servis penghantar makanan kepada seorang pelanggan.

Walaupun tiada maklumat lanjut mengenai keluarga itu, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar wanita berkenaan dimurahkan rezeki.

Hebatnya seorang wanita bergelar ibu!

Semoga dimurahkan rezeki

Sayu pulak tengok!

Sumber : Ainil Hawa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here