Maream Ni 3 Tahun, Bukan 13 Tahun- Dituduh Biarkan Anak Seksi, Padu Respons Farah Lee

0
331

Farah Lee, seorang blogger terkenal yang makin dikenali ramai dan pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV, Ally Iskandar.

Walau bagaimanapun, jodoh tidak berpanjangan dan mereka berpisah pada tahun lalu. Melalui perkahwinan tersebut mereka mempunyai seorang puteri bernama Maream Esabel.

Aktif di Instagram, Farah selalu memuat naik gambar anaknya. Macam biasa, kena kutuklah! Banyak netizen yang mempertikaikan pemakaian Maream yang dikatakan tidak mengikut syariat Islam. Seksi katanya! Pakai skirt dan sebagainya.

Foto: IG Farah Lee 

Namun reaksi Farah cukup tenang dengan menyatakan anak kecil haruslah diajar mengikut seiring dengan umur mereka. Jangan pula membandingkan pemakaian budak kecil dengan orang dewasa pula.


Padu dan penuh berhikmah, respons dari wanita ini mendapat sokongan dari netizen.

Kadang-kadang tak faham apa agaknya yang ada dalam fikiran netizen. Anak kecil sebegitu menjadi mangsa kecaman. Memang benar melentur buluh biar dari rebungnya, namun kalau nak tegur pun kenalah ada caranya.

Bukan main hentam tanpa memahami keadaannya. Apa pendapat anda?

Sumber: CARI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here