Boleh Maut Di Atas Jalan Raya, Fakta Yang Anda Kena Tahu Tentang Basikal Lajak

0
2297

Semenjak dua menjak ini semakin menjadi-jadi kes kelamalangan disebabkan kecuaian penunggang basikal yang tidak menitikberatkan soal keselamatan kenderaan dan cara tungganggan. Ramai sedar perkara ini selepas berlakunya kemalangan di Johor Bahru pada tahun lepas yang meragut 8 nyawa.

Baru-baru ini laporan dari Kosmo memperlihatkan penguatkuasaan larangan penggunaan basikal yang berbahaya ini perlu diperbanyakkan selepas meragut 1 nyawa di Jalan Setiawan-Teluk Intan, Perak dan 2 maut di Johor Bahru 11 Januari lepas. Mari kita lihat, apakah basikal yang mereka gunakan ketika kemalangan.

Bukan basikal macam ni tau, tapi basikal lain.
Sumber:bikerumor.com

Penduduk tempatan menggelarkan basikal yang digunakan oleh rata-rata mangsa tadi sebagai ‘basikal lajak’. Apakah dimaksudkan dengan basikal lajak tadi? Ia adalah aktiviti perlumbaan basikal menuruni bukit. Itupun kalau ikut laporan yang ditulis oleh soscili.my melalui aktiviti ‘stalking’ dalam komen-komen dalam kumpulan media sosial seperti Instagram dan Facebook basikal lajak di sekitar Johor Bahru.

Kanak-kanak tunggang basikal lajak maut dirempuh kereta
Sumber: kosmo.com.my

Jangan terkejut ya, ramai sebenarnya yang mengikuti aktiviti berbasikal ini melalui kumpulan kumpulan dan kelab-kelab tidak rasmi seperti Tentera Fly JB, Kaki Ride Kulai dan Perling Fly JB. Mereka berkumpul dan mengayuh basikal bersama-sama di sekitar Johor Bahru terutama pada waktu malam.

Ciri-ciri utama sesebuah basikal lajak: Tiada brek!

Sumber: stapico.ru

Antara nikmat yang mereka kecapi dengan basikal lajak adalah aktiviti perlumbaan menuruni bukit seperti di Johor Bahru sekitar Jalan Lingkaran Dalam berdekatan dengan Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Mereka mematikan system brek yang sudah tersedia pasang pada basikal yang terdapat dalam pasaran kerana untuk mengurangkan beban dan laju sewaktu menuruni bukit. Ada pelbagai modifikasi lain yang boleh menjadikan sesebuah basikal lajak laju ketika menuruni bukit tadi.

Sumber: Youtube Channel One Two Jus

Paling tak tahan apabila ada segelintir remaja yang tidak mempunyai wang untuk membuat modifikasi seperti menukar ‘sport rim’ atau engkol basikal dengan mencuri dan menjual motor secara curi-curi untuk mencari duit membeli barang basikal. Punya ‘hardcore’ mereka meminati aktiviti berbasikal lajak, dah macam jual beli dadah dah rasanya sampai nak kena menjual-jual curi-curi ni.

Sumber: soscili.my

Siapa kata salah untuk berbasikal, cuma janganlah sampai mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Aksi-aksi seperti superman atau mematikan brek basikal tidak patut dilakukan demi keselamatan penunggang dan orang lain.

Pihak PDRM dan RELA kerap kali membuat rondaan dan sekatan untuk membendung masalah ini sehinggakan tiada perubahan yang besar dapat dilakukan. Kalau kena musim, memang ramai kena cekup basikalnya dirampas. Tapi, sampai bila?

Sumber: segamat.com.my

Semua pihak harus bekerjasama termasuk ibu dan bapa. Jangan sampai ada undang-undang seperti mengenakan hukuman kepada ibu dan bapa mereka yang membenarkan anak untuk berbasikal lajak nanti susah. Hakikatnya ramai sahaja masih menggemarkan aktiviti berbasikal tanpa mengabaikan faktor-faktor keselamatan yang telah ditetapkan.

Sumber: CARI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here