Elak Beli Kereta Mahal Kalau Baru Kerja, Tak Guna Pakai ”Kereta Sedap” Tapi Sudahnya Merana Bayar Bulan

0
920

Trend sebilangan anak muda kini yang lebih mementingkan gaya hidup dari keutamaan tanpa memikirkan kesan pada masa akan datang. Manakan tidak, lepas graduate dan mendapat kerja terus nak membeli kereta. Kalau boleh, kereta mestilah baru dan mahal.

Realiti, untuk nampak bergaya hinggakan sanggup ikat perut di hujung bulan dek gaji yang cukup-cukup makan pun tidak apalah.

Tidak ada yang salahnya membeli kenderaan untuk keperluan anda, namun silapnya baru bekerja tetapi membeli kereta lebih daripada separuh gaji. Itu tidak lagi dipanggil keperluan wahai anak muda, tapi kehendak jiwa.

Ambil sahaja kereta yang biasa, walau kereta terpakai sekalipun. Lebih baik tanam azam untuk beli rumah dari beli kereta idaman.

Perkongsian oleh Amir Syahir melalui laman facebook mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Fikir dulu masak-masak sebelum buat keputusan. Apapun pilihan di tangan sendiri. Semoga bermanfaat !

Gambar sekadar hiasan

Kenapa Jangan Beli Kereta Mahal-Mahal Dulu?

1. Komitmen bulanan akan tinggi jika ansuran bulanan kereta dah separuh gaji. Kau pun terbeban duk bayar bulanan. Apa guna kereta sedap tapi merana duk bayar bulan-bulan kan.

2. Nisbah hutang kepada pendapatan (DSR) kau mungkin tinggi melangit. Kalau DSR lebih 70% memang bank tak nak terima permohonan pembiayaan perumahan kau dah.

3. Kau tak mampu nak menyimpan deposit rumah kerana terpaksa bayar ansuran bulanan dan kos petrol serta kos yang lain.

4. Kereta beli tahun ni RM80K tahun depan dah jadi RM56K saja. Harga kereta akan turun 20%-30% setiap tahun.

5. Rumah selalunya akan naik harga. Tahun ni harga RM100,000 tahun depan dah RM110,000.

6. Kereta adalah keperluan, tapi beli kereta separuh daripada gaji tu kehendak. Beli kereta semata-mata nak menunjuk tu tak elok.

7. Beli kereta tak salah, tapi ramai yang tersalah beli kereta.

Kereta pertama kau seharusnya bersamaan setahun gaji.

Jika gaji RM3000 x 12 = RM36,000. Boleh beli harga kereta Axia, Saga atau Myvi sahaja.

Guna juga fomula ini dalam membeli kereta ;

20:5:15

20% Deposit kereta

5 Tahun tempoh pembiayaan

15% Dari gaji untuk ansuran kereta. Pastikan dibawah 15%.

Kau baru kerja, beli kereta terpakai pun okay. Beli kereta terpakai bukan dosa. Kalau nak kereta baru pun, beli lah kereta tempatan. Beli kereta ansuran bulanan tak lebih 15% daripada gaji.

Jom tanam azam beli rumah dulu sebelum beli kereta idaman. Dah lama kerja, gaji pun dah besar. Masa tu nak beli kereta idaman beli lah. Kah!

SHARE | TAG pakwe kau yang minat kereta. Yang duk fikir pasal kereta je manjang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here