Nak Elak Anak Ketagih Gajet, 5 Perkara Ni Kena Praktis Seawal Usia Anak!

0
1716
ketagih gajet

Nak Elak Anak Ketagih Gajet, 5 Perkara Ni Kena Praktis Seawal Usia Anak! | Setiap hari tentu ibu ayah risau anak-anak asyik mengadap gajet. Puas ditegur, tak menjadi. Memang boleh naik angin bila anak-anak ketagih gajet ni sebab biasanya mereka duduk main gajet tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah.

Lebih risau lagi, apabila boleh menganggu penglihatan anak. Saudara Khairul Abdullah berkongsi trik supaya anak tak ketagih gajet.

KAWAL ANAK KETAGIH GAJET.

Macamana aku kawal anak dari ketagihan gajet? Bukan tak nak bagi anak-anak guna langsung sebab ini zaman dia dan banyak benda dia belajar dari situ. Cuma nak elakkan dari dia melekat terus dengan benda alah tu. Taknak sampai kalau tak dapat dia akan meraung macam dunia nak akhirat esok.

ketagih gajet

Antara 5 benda yang aku praktikkan adalah:

1. Jangan jadikan benda tu hak anak. Maksudnya gajet tu aku pinjamkan kat dia. Aku punya tetapi dia pinjam. Dia tak boleh rasa benda tu hak mutlak dia, jadi senang nak kawal sikit. Aku mintak dia kena bagi sebab barang tu bukan dia punya.

2. Kempimpinan melalui teladan. Kalau aku asyik pegang phone jer, dia pun nak jugak. Kalau parent pun ketagih gajet apatah lagi nanti kesannya pada anak. Kalau aku cakap tak boleh dia akan tanya kenapa aku boleh dia tak boleh? Kalau aku cakap aku kena buat kerja, dia pun nak buat kerja, nak siapkan bangunan apa ntah kat game Minecraft tu. Jadi kurangkan penggunaan phone depan diorang.

Mujur aku ni sibuk yakmat kat rumah, jarang dapat pegang phone. Dapat bercinta dengan phone hanya waktu diorang dah tidur.

3. Tegaslah sikit. Aku garang oihh. Kalau aku cakap no maka no lah. Aku dah terang kat depa rules macam mana, so depa dah faham. Dalam kes-kes tertentu aku tewas lah jugak. Namun selalunya aku menang.

Bila aku minta depa confirm akan bagi dan takde kes meraung-raung atau berguling-guling.

4. Hadkan penggunaan. Budak-budak ni hanya boleh guna sejam lebih sehari di dalam rumah tidak termasuk bilik tidur. Sesekali aku benarkan, tetapi rules dia masuk sahaja bilik tidur gajet diharamkan. Hujung minggu aku bagi extra time.

Diluar rumah pula hanya dalam kereta aku benarkan, itu pun kalau long distance dan laluan rutin. Itu pun aku bagi bila diminta sahaja. Di rumah orang, di majlis, di restoran, mall dan semuanya aku tak bagi kecuali dalam keadaan terdesak sahaja.

5. Selalu puji. Aku selalu puji anak aku (yelah nak puji anak siapa lagi kan?) bila dia ikut rules yang aku tetapkan.

Bila aku minta off semua dan serahkan pada aku dan diorang patuh maka aku akan peluk dan puji dia, gosok-gosok belakang dia, usap kepala dia dan doakan serta cium dia. Dia pun tersenyum gembira. Aku pun rasa bahagia. Begitulah.

Kredit: Khairul Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here