Double Strike! ‘Skill’ Main Boling Lelaki Ini Buat Netizen Ternganga!

0
1097

Apabila ada waktu lapang atau hari istimewa yang ingin diraikan bersama rakan-rakan, ramai yang akan memilih untuk berkunjung ke pusat boling sebagai lokasi untuk berhibur.

Namun tidak semua orang mempunyai masa untuk mengambil tahu tentang sains dan fizik di sebalik sukan yang rumit itu.

Ramai antara kita yang menyangka bahawa untuk menjatuhkan semua pin, pemain hanya perlu membaling bola pada landasan dan berharap mereka bernasib baik.

boling

Pengetahuan fizik dalam Boling.

Sebenarnya sukan boling banyak menggunakan teknik yang melibatkan pengetahuan fizik. Terdapat kaedah terperinci di sebalik setiap balingan yang konsisten.

Seperti dalam satu tweet yang tular, seorang pemain boling menunjukkan bagaimana dia menggunakan dua bola untuk mendapatkan double strike secara berterusan.

Lebih mengkagumkan, lelaki berkenaan membaling bola bolingnya pada masa yang sama dalam dua kelajuan berbeza.

Selepas bola pertama berjaya menjatuhkan semua pin, bola kedua masih berputar di atas landasan sehingga pin baru disusunkan.

Bola yang berputar secara perlahan itu juga akhirnya berjaya menjatuhkan ke semua 10 pin dalam balingan pertama.

Video itu membuat rata-rata netizen ternganga melihat kemahiran lelaki itu dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh melakukan perkara itu.

Terdapat beberapa faktor yang dapat membantu pemain untuk mendapat balingan yang tepat. Salah satu faktor terletak pada bola.

Setiap bola mempunyai teras yang berbeza untuk disesuaikan dengan kekuatan dan gaya pemain. Malah lubang pada bola juga boleh memberi kesan kepada prestasi pemain.

Namun kesesuaian bola sahaja tidak cukup untuk menjadi pemain profesional. Apa yang lebih penting adalah teknik dan sudut balingan bola.

Biasanya, sudut terbaik untuk mendapatkan strike adalah pada dari 6 ke 7 darjah, tidak kira sama ada bola itu dibaling laju atau perlahan. Sudut yang tersasar walaupun sedikit dapat memberi impak kepada bola boling yang dibaling, oleh itu latihan adalah penting.

Itulah kemahiran yang ditunjukkan di dalam persembahannya yang hebat itu. Jadi nanti bolehlah anda cuba teknik ini apabila berkunjung ke pusat boling.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here