Dompet Hilang Tak Terusik, Pengirim Misteri Siap Hantar Sampai Ke Rumah

0
1379
dompet hilang

Dompet Hilang Tak Terusik, Pengirim Misteri Siap Hantar Sampai Ke Rumah | Mungkin ramai pernah mengalami situasi kehilangan dompet atau purse sama ada atas kecuaian diri sendiri atau menjadi mangsa peragut atau penyamun.

Sememangnya agar sukar apabila kita kehilangan dompet, potensi untuk mendapatkan balik memang sangat tipis. Yang lebih memburukkan keadaan kita perlu membuat laporan polis bagi menggantikan sebarang identiti pengenalan termasuk ic dan lesen memandu.

Malahan kad-kad bank juga perlu disekat, jika tidak bukan setakat duit dalam wallet lesap potensi duit dalam akaun bank anda boleh kering pun tinggi!

Tiada siapa yang mahukan dompet hilang, namun jika berlaku dan rezeki dompet ditemui dengan segala kad-kad penting masih ada anda patutnya bersyukur.

Tetapi kalau dompet hilang tiba-tiba anda mendapatkannya kembali semula lengkap dengan kad-kad dan duit tidak terusik ini memang kena solat sujud syukur!

Dompet Hilang Dikembalikan Melalui Kiriman Poslaju

Buat baik dibalas baik, mungkin itu ungkapan yang sesuai untuk mengambarkan situasi gadis ini yang kehilangan dompetnya namun mendapatkannya kembali apabila ada individu yang mengirim dompet itu melalui pos.

dompet hilang

Menurut Raudahjfr, identiti pengirim tidak diketahui kerana orang tersebut tidak menulis nama dan juga nombor telefonnya. Pengirim itu juga langsung tidak ‘menyentuh’ duit yang ada di dalam dompet tersebut.

Kebanyakan netizen memberi reaksi yang positif dan kagum dengan pengirim misteri itu serta mendoakan kebaikan kepadanya.dompet hilang

Raudah juga menasihatkan orang ramai untuk meletakkan nombor telefon di dalam dompet untuk memudahkan individu yang menjumpai dompet itu menghubungi kita.

Sumber: Raudahjfr

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here