Krew ‘Ketuk Ketuk Ramadhan’ Dengar Azan Tapi Tidak Pergi Solat? Ini Respond ‘PEDAS’ Jinggo

0
275

Jinggo, suami kepada pelakon terkenal Sheila Rusly sering kali berkongsi aktiviti harian di laman Instagram miliknya. Karakter Tok Sidang yang sporting dan bersahaja turut disenangi krew dan artis lain. Terbaru, pengarah dan penerbit dari JS Pictures ini telah menerima mesej bersifat teguran dari peminat ketika menjalankan pengambaran rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan.

Kiriman mesej tersebut telah menegur krew produksi JS Pictures tidak menghormati azan berkumandang dan tidak segera bersolat. Ini respon Jinggo terhadap teguran tersebut.

‘Macam mana cara sis solat?’

Mesej dari peminat misteri ini diterima oleh Sheila Rusly tetapi dikongsi oleh suaminya di laman Instagram. Menurut mesej dikirim menyifatkan krew-krew rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan tidak bersolat. Malah, tidak segera menunaikan perkara wajib itu terlebih dahulu.

INI RESPON JINGGO TERHADAP TUDUHAN TIDAK SOLAT

Assalamualaikum Malaya.. Barakah Friday orang malaya di mane saje komer berade… Bertanya itu boleh yeong.. tanya lah tapi kita kena tahu apa yang kita nak tanya sebelum kita menanyakan orang… komen itu boleh tapi kita kena tahu macamana nak menulis komen sebab usaha kita nak mengingatkan orang lain tapi komen kita pulak menfitnah orang lain.. niat nak buat pahala.. dosa lak yang dapat…

Kalau Cameraman Tok Sidang tahu ni..confirm dorang akan melompat tanya awak.. mana kau tahu aku tak sembahyang ? Cara awak menulis sudah menghukum.. kami kerja kejar masa…solat WAJIB kami carik masa…
.
Awak kata azan berkumandang.. mana awak tahu kalau awak tak ada kat situ.. awak buat apa kat situ kalau awak tahu azan berkumandang? Kalau salah tulis… salah baca .. awak pon sama lah macam camerman camerman saya yang awak kata tak sembahyang tu… nampak tak sekarang apa jadi bila awak salah tulis orang lain salah baca… nampak tak dosa tercipta bila kita silap mencari pahala? . Sebab itu Tok Sidang kata Think Positive Stay Positive!

Tok Sidang membalas teguran netizen dengan menasihati adat bertegur dengan baik. Kerana setiap teguran boleh dianggap fithnah sekiranya terdapat saya maksud dalam penyampaian.

Dalam kesibukan mencari rezeki, ahli produksi JS Pictures tidak ketinggalan untuk bersolat. Mereka akan bergilir ganti dan mencuri masa juga untuk ke surau bagi menunaikan solat wajib.

Kredit: Jinggo JSPictures via Oh Bulan

Jangan mudah jatuh hukum jika kita tidak kenal dia siapa. Takkan semua menda kita nak kena bagitau.. Sempena jumaat yang mulia ini mari kita maafkan satu sama lain.. Jom layan rakaman ketuk ketuk ramadhan yang menjemput Black sebagai artis jemputan. #KetukKetukRamadhan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here