Bertahun Datuk Nassier Wahab Pendam Derita Hidap Kanser Gusi.. Al Fatihah

1
52274
Nassier Wahab

Allahyarham Datuk Nassier Wahab akan dikebumikan jenazahnya hari ini di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah, Klang.

Pemergian penyanyi era 80-an dalam keadaan mengejut ini tentunya memberi kesan hebat bukan saja kepada ahli keluarga, malah seluruh industri seni tanah air.

Kerana, sepanjang kerjaya Allahyarham Datuk Nassier Wahab jarang sekali kita lihat wajah masam mahupun marahnya. Melainkan senyuman manis dan wajah awet mudanya yang terlihat selama ini.

Rupanya di sebalik kemanisan wajah itu, Allahyarham menanggung derita kanser gusi, alami ketumbuhan pada leher selama beberapa tahun lamanya.

Nassier WahabKenangan bersama anak dan isteri.

Allahyarham Datuk Nassier Wahab Kerap Sakit Gusi

Beberapa tahun sebelumnya, Allahyarham Datuk Nassier Wahab pernah melakukan prosedur mencabut gigi. Sejak itulah, kerap mengalami sakit gusi dan bergantung pada ubat tahan sakit.

Kesakitan yang berulang membuatkan Allahyarham melakukan pemeriksaan rapi. Dan akhirnya, doktor mendapati ada ketumbuhan kecil pada bahagian berkenaan.

Sekitar 15 Julai lalu, Allahyarham telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya di sebuah pusat perubatan. Keadaannya juga semakin baik selepas pembedahan, malah tak perlu bergantung lagi dengan tiub.

Selepas itu, arwah juga melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

Tiba-tiba Muntah Darah..

Sewaktu dalam wad itulah, wajahnya tampak terlalu pucat, membuatkan doktor meminta untuk menjalani rawatan menambah darah.

Ketika dalam wad, arwah sempat meminta bantuan isteri dan pembantu peribadinya, Ariff Salim untuk mengurut tangan dan belakang badannya. Semasa itu, tiba-tiba arwah muntah darah dengan banyaknya.

Doktor datang memberikan bantuan, namun Allah lebih menyayangi arwah Datuk Nassier Wahab. Jam 12.45 tengah malam, doktor mengesahkan Allahyarham sudah tiada. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah, 22, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 57 tahun.

Sumber/Foto : Berita Harian

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here