Cucur Viral Terlajak Laris, Pak Mail Hulur Kuali Minta Pelanggan Goreng Sendiri

0
15358
cucur viral

Cucur Viral Terlajak Laris, Pak Mail Hulur Kuali Minta Pelanggan Goreng Sendiri | Sebelum ini telah tular mengenai kisah seorang pakcik yang berniaga cekodok ataupun cucur berharga 10 sen setiap satu. Ismail Bakar, 66 telah viral apabila gerainya yang menjual beraneka cucur mendapat liputan meluas di media sosial baru-baru ini.

Disebabkan hal tersebut, Pak Mail tidak menang tangan menyiapkan cucur kerana orang ramai beratur untuk mendapatkan makanan ringan tersebut.

Cucur viral aneka laris

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Aisyah Ismail telah memuat naik kisah situasinya yang ingin membeli cucur viral Pak Mail di gerainya itu.

Pada hari tersebut, Pak Mail yang berseorang di gerainya belum menyiapkan lagi cucur berikutan jualan yang begitu laris. Oleh sebab tidak menang tangan, Pak Mail dengan murah hati telah meminta pelanggannya menggoreng sendiri acuan cucur viral tersebut.

cucur viral

Air mineral pun percuma

Lebih menarik lagi, Pak Mail juga sempat berpesan agar mengambil sekali air mineral yang disediakan selepas mengambil cucur yang telah masak itu. Kesemuanya adalah percuma!

Ramai2 pelanggan goreng cucur sendiri

Menerusi gambar yang disertakan oleh Aisyah, jelas sekali orang ramai tidak kekok melipat lengan baju dan sama-sama menggoreng cucur di gerai warga emas itu.

Cucur viral yang digoreng juga tidak sempat sejuk kerana sentiasa mendapat permintaan daripada pelanggan.

Ramai yang teringin nak rasa

Sehubungan dengan itu, menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen telah meninggalkan komen diruangan Facebook sumber dengan maklum balas yang pelbagai.

Mereka dilihat meninggalkan komen positif diatas keikhlasan Pak Mail  berniaga dan berharap agar dia terus dimurahkan rezeki serta pahala diatas kebaikan yang ditunjukkan.

cucur

Harap Pak Mail terus dimurahkan rezeki

cucur

Semoga tiada yang ambil kesempatan atas kebaikkan

cucur

Sebelum ini, kisah Pak Mail yang berniaga cucur viral di Kluang Johor telah tular berikutan menjual dengan harga murah. Dia juga telah memberikan cucur secara percuma pada bulan puasa dan langsung tidak mengambil bayaran daripada pelanggan.

Sumber : Aisyah Ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here