Common Sense Di Hari Raya Jagalah Mulut Dan Perangai Tu Nanti Ya

0
641

Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pastinya mengundang kegembiraan buat umat Islam yang berjaya mengharungi cabaran Ramadan. Apatah lagi istilah ‘balik kampung’ sendiri menjadikan tradisi itu tidak pernah lapuk dek zaman.

Bertemu ayahanda dan bonda, sanak-saudara serta rakan taulan yang sudah lama tidak bertentang mata antara yang menjadikan perayaan itu semakin dinantikan. Namun sejauh mana anda memahami apa yang boleh dan tidak ketika berkunjung ke rumah saudara untuk beraya? Yang lebih penting, bila bersama adik-beradik dan ipar duai di bawah satu bumbung, adakah anda prihatin dan sensitif dengan keperluan orang lain?

Anna Soeraya di Twitter berkongsi perkara yang jadi kebiasaan turun temurun tetapi patut difikir secara rasional oleh semua pihak. Ada 4 perkara yang perlu diambil berat iaitu apabila sudah makan, hendaklah membasuh sendiri. Maksud tersiratnya adalah jangan biarkan pinggan anda disingki dengan harapan menunggu adik-adik membasuh bagi pihak anda.

Menariknya, ramai pula netizen yang menyambung senarai tersebut. Bermula dengan nombor 5 hingga ke nombor 12. Cantik pula susunan nombornya.

Ada betulnya kata mereka. Ini kerana perkara yang sama berlaku saban tahun seperti pertanyaan ‘bila nak kahwin, bila nak ada anak’ dan sebagainya menjadikan ia satu ‘cliche’ dan membosankan kepada empunya badan yang ditanya.

Yang ini pesanan khas kepada keluarga bandar yang balik ke kampung untuk mengemas sebelum pulang ke rumah sendiri. Ada yang terasa ke?

Malahan ada yang siap berpesan kepada anak-anak supaya tidak membuka sampul duit raya di hadapan tuan rumah lalu bercakap jumlah yang ada dalam sampul tersebut. Secara tersiratnya, jaga anak-anak sendiri supaya berperilaku baik di rumah yang dikunjungi bukannya membiarkan mereka sesuka hati keluar masuk bilik rumah tersebut.

Juga pesanan untuk menjaga mulut sendiri daripada berkata-kata perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah, misalnya bercakap tentang kuih raya yang sikit dan sebagainya.

Ada juga pesanan masyarakat yang kita acap kali terlepas pandang iaitu bertanya soalan sensitif kepada anggota beruniform iaitu polis.

Lagi pesanan yang sangat ‘deep’ iaitu apabila beraya di rumah orang, janganlah asyik menghadap telefon hinggakan terlupa untuk berkomunikasi di alam realiti!

Namun, ada yang menyatakan senarai tersebut sebenarnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama adik beradik. Apatah lagi bagi yang telah kehilangan ahli keluarga, mesti akan teringat kenangan manis sebegini.

Walau apapun, jaga diri dan keluarga anda supaya raya tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here