Dilayan Macam Sampah, Ini Hakikat Seorang Cleaner Universiti Terpaksa Hadapi Setiap Hari

0
3377

Siapa pun kita, di mana pun kita berada, adab dan budi baik adalah perkara penting yang perlu sentiasa diamalkan dalam setiap perbuatan.

Tanpa adab, setinggi mana pun pangkat yang anda ada, secantik apa pun wajah anda, sekaya mana pun anda, jika ianya tiada anda tetap kosong dalam kehidupan.

Hakikat hari ini, adab semakin dipandang remeh. Jika setiap orang mengamalkan adab dalam kehidupan seharian, pasti mereka hidup aman damai tanpa konflik dan masalah.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi rasa seorang pekerja pembersihan universiti yang bercerita mengenai pelajar universiti yang semakin tiada adab.

Pekerjaan yang dianggap sebagai ‘kotor’, tidak berpelajaran dan tiada kelas oleh segelintir masyarakat menjadikan mereka tidak mendapat penghormatan selayaknya seperti pekerja lain.

Ketika orang lain masih seronok bercuti Aidilfitri, mereka masih setia menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

“Ramai tak pelajar ucap terima kasih?”

“Nak kerja macam kami hati kena kental, dik. Kami bukan nak pujian pun, cukuplah orang buat kami ini macam wujud.”

Jika generasi kini sudah hilang adabnya, bagaimana mereka mahu mendidik generasi akan datang mengenai adab dan budi bahasa?

Tidak kiralah apa status anda, hormat orang lain seperti mana anda mahu dihormati. Layan orang lain sebagaimana anda mahu dilayan. Jika anda dilayan dengan tidak adil, tidak perlu membalas kembali.

Setiap orang mahukan perkara yang sama: DIHORMATI. Jika anda sendiri tidak menghormati orang lain, jangan berharap orang lain akan hormati anda.

Tidak susah pun kan nak ucap terima kasih? Selepas ini cuba biasakan diri ucap terima kasih walaupun pada sekecil-kecil pertolongan yang kita terima.

Sumber: Mohamad Reeza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here