Cikgu Hidap Kanser Ambil Order Khat Atas Katil Hospital Meninggal Dunia

0
2257

Cikgu Hidap Kanser Ambil Order Khat Atas Katil Hospital Meninggal Dunia | Terdahulu, tular di media sosial dimana seorang pesakit kanser yang sanggup menerima tempahan khat untuk menanggung kos perubatannya sendiri kini telah kembali bertemu Sang Pencipta.

Mohd Izzudin merupakan seorang guru yang mengambil tempahan membuat tag nama tulisan khat dari atas katil hospital bagi menampung kos rawatan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), 8.05 malam tadi.

Isteri beliau, Suzana, memberitahu doktor mengesahkan suaminya meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru.

cikgu khatSUMBER: FACEBOOK MIRA JAMAL JAYKAY

Pemulangan Wang Tempahan Khat Dengan Cikgu

“Saya minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka. Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan,” itu luahan  isteri kepada pesakit kanser limfoma, Mohd Izzudin Zainal.

Tambahnya lagi, suaminya masih gigih menyiapkan tempahan nama walaupun dalam keadaan sesak nafas. Namun sejak pagi tadi, pernafasannya semakin menurun dan doktor mengesahkan Cikgu Izzudin meninggal dunia kerana jangkitan pada paru-paru.

Bapa kepada dua anak ini juga merupakan mangsa kepada kes rempuhan bas Rapid KL yang pernah dilaporkan media beberapa tahun lepas.

Allahyarham Mohd Izzudin meninggalkan dua cahaya mata lelaki iaitu Sulaiman yang berumur 5 tahun dan Isa berumur 3 tahun. Jenazah akan disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Al-Khadijah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam, pagi ini.

Semoga roh arwah Izuddin dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Diharap kisah Cikgu Izuddin ini menjadi inspirasi dan teladan buat kita semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here