“Alasan 2017 Tu Memang Win!” – Cikgu Berang Tiga Kali Gagal Mohon Tukar Sekolah

0
494

Pekerjaan sebagai seorang guru sememangnya satu kerja yang mulia kerana menyampaikan ilmu kepada anak murid tanpa rasa jemu, bahkan tugas seorang guru hari ini bukan sahaja setakat mengajar, mereka juga bertanggungjawab dalam banyak hal lain di sekolah.

Baru-baru ini, tular satu screenshot sistem pemohonan pindah sekolah yang kebiasaannya diisi oleh guru yang hendak bertukar sekolah.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah guru tersebut telah membuat permohonan berpindah sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menjaga bapanya yang uzur dan lanjut usia. Tetapi, permohonan tersebut ditolak sejak tahun 2014 sehinggalah bapa guru tersebut meninggal dunia.

Pada tahun lalu, guru itu sekali lagi membuat permohonan dengan alasan ingin menjaga ibunya yang telah lanjut usia dan mungkin kerana mengikut rasa geram, dia menyenaraikan sebab permohonannya tidak diluluskan sejak 2014.

Sebenarnya perkara ini juga berlaku kepada ramai guru lain di Malaysia atas sebab kekosongan sekolah yang terhad dan beberapa faktor lain.

Screenshot ini meraih perhatian ramai netizen yang sebilangannya menyifatkan guru itu tidak tahu rasa bersyukur dengan kerja sekarang.

Namun begitu tak kurang ramainya juga bersimpati dengan nasib guru tersebut dan memahami situasi yang dialaminya.

Mungkin bagi sesetengah pihak, isu yang diketengahkan guru ini kelihatan remeh. Tetapi, mungkin bagi guru ini ia merupakan satu perkara yang mustahak. Siapa yang tak nak berbakti kepada ibu bapa sementara mereka masih ada, kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here