Cetak kadbod Saiz & Rupa Sebenar Ibu Jadi Cara Elak Anak Menangis

0
4127
ibu

Cetak kadbod Saiz & Rupa Sebenar Ibu Jadi Cara Elak Anak Menangis | Anak-anak kecil sememangnya memerlukan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya. Ada yang tidak boleh jika tidak nampak kelibat ibunya dan akan meraung.

Disebabkan itu, ada segelintir ibu dan bapa guna cara kreatif untuk elak anak menangis ketika ketiadaan ibu di sisi. Salah satunya adalah dengan cetak kadbod saiz dan rupa sebenar si ibu.

Terbaru seorang ibu yang menggunakan cara kreatif untuk elak anak menangis semasa ketiadaannya di rumah telah meraih perhatian ramai. Ibu dari Jepun itu cetak kadbod saiz dan rupa diri sendiri sama dari hujung rambut ke hujung kaki dengan saiz sebenar untuk diletakkan di rumahnya.

Pemilik akaun Twitter Sato_nezi yang juga ibu kepada seorang anak yang baru berusia setahun itu mengambil langkah tersebut selepas mendapati anaknya tidak boleh ‘kehilangan’ ibu dari pandangannya.

Berikut beberapa foto ketika wanita ini mencuba kaedah unik ini:

ibu

Membuat ujian pertama kalinya, wanita ini berkongsikan videonya yang meletakkan kadbod itu di dapur sambil anaknya sedang menonton TV. Kemudian dia senyap-senyap menyembunyikan diri di dalam bilik. Dalam beberapa ketika anaknya masih ‘tertipu’ dengan helah ini.

Berikut adalah video yang dikongsikannya:

Video yang dikongsikan wanita ini dengan helah kreatif tersebut telah meraih 2 juta tontonan, 14,400 retweets serta 44,400 likes. Malah foto-fotonya juga telah dikongsikan semula oleh pengguna Twitter IsskndarAfirrin dan telah meraih lebih 28,900 retweets serta 31,200 likes.

Rata-rata netizen meluahkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“…Gambar first tu boleh terima tau, 2nd pic tu scary hahahah but, the idea was good actually”

“Second pic scary gak ah tengok mata ibu dia. Hahaha”

“This is so brilliant”

Sumber: sato_nezi / IsskndarAriffin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here