“Mereka Ingat Cari Pengganti Ibarat Mencari Sehelai Baju, Saya Hanya Diam Dan Senyum”

0
316

Perkongsian dari saudara Mohammad Fyruze apabila dia kehilangan isteri yang dicintainya. Ini luahan hati beliau di mana dia agak letih bila orang disekelilingnya menyuruh dia untuk mencari teman pengganti.

Assalammualaikum wahai isteri yang aku cintai TINI MAZAILA BINTI MASHHOR..
Harini 28/3/2018 pada pukul 12.20am genaplah pemergian kamu selama setahun. Cepat masa berlalu tapi bagi saya baru semalam saya kehilangan kamu..

Saya rindu & sedih kehilangan kamu..saya teringat seminggu sebelum kamu menghembuskan nafas terakhir. banyak kali kamu meminta maaf pada saya. kamu peluk saya.kamu cakap yang kamu takut..kamu serah pendrive pada saya (saya xtau apa isi kandungan, rupanya wasiat selepas kamu PERGI yang telah ditulis pada tarikh 21/2/2017). Kamu ibarat sudah tahu yang kamu akan tinggalkan saya buat selamanya..disaat kamu menghembuskan nafas terakhir air mata kamu bergelinangan..

Allah sahaja yang tahu bertapa sedihnya perasaan saya sebagai SUAMI kehilanganmu.saya bagai nak gila,saya macam nak bunuh diri & saya total lost..setiap kali saya tido, saya sentiasa teringatkan kamu.teringat saat2 manis & susah senang bersama dan paling saya tak boleh lupakan disaat2 akhir kamu wahai isteriku. AKU dah takde tempat hendak mengadu lagi….bila Saya dalam kesusahan, kesedihan & kesakitan..hanya berdoa & menangis saja.itu je yang boleh meredakan kesedihan diriku..

Sayang..kebanyakkan orang menyuruh saya cari pengganti awak. saya jadi bosan dengan ayat2 tu. diorang taktau macam mane kehilangan orang yang kita sayang & susah senang bersama. diorang ingat cari pengganti ibarat mencari sehelai baju…saya hanya diam & senyum pada diorang walaupun hati saya sangat sedih..

Sayang..kesihatan diriku tidak mengizinkan..saya hanya berdiam diri tanpa mengadu pada sesiapa. saya taknak susahkan sesiapa.saya lebih rela diamkan diri sahaja sayang..

Sayang…satu hari saya ada bermimpi bersama kamu. saya taktau mimpi ape. tapi mimpi tu adalah mimpi yang membuatkan saya hepi. dalam gembira sewaktu bermimpi.tiba2 kamu hilang dalam mimpi saya..saya mencari kamu sampai saya menangis dalam mimpi dan saya terjaga dalam menangis..pagi tu saya tak pergi kerja kerana keadaan saya tak mengizinkan.. rupanya tekanan darah saya tinggi.doc cakap kenapa dengan awk..saya cakap…doc saya STRESS yang teramat…segalanya dah tiada makna bagi saya…ya Allah ya tuhanku..kuatkan lah semangat hamba mu ini untuk tempuh segala ujian & dugaan yang penuh berliku.hamba mu ini tidak kuat untuk tempuh berseorangan.tolong lah ya Allah..hambamu merayu padaMU..

-Sayang…insyaAllah saya akan mengikuti jejak langkahmu juga-

Wahai sayangku
Aku tidak akan melupakanmu
Aku akan berpegang dengan janji2 kita masa dahulu
Wahai sayangku kenapa engkau pergi dahulu
meninggalkan aku sendiri.
tanpa engkau hidupku terasa sunyi
Sayang…..akan ku ingat selalu
pengorbanan yang telah engkau berikan
Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua
Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu
Damailah kamu disana yew CINTA…

#kanserfighter
#isteriduniaakhirat
#rindu&cintakan kamu
#tunggusydisana
#tinggalkenangan
#27/5/1987-28/3/2017
#9/10/2011-28/3/2017
#ALFATIHAH TINI MAZAILA BINTI MASHHOR

Sumber dari Facebook Mohammad Fyruze

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here