Cara Salin Baju Unik Gadis Ini Tular, Netizen Luah Pelbagai Reaksi

0
12902
salin baju

Siapa yang ingat ketika berada di sekolah, subjek pendidikan jasmani yang paling dinanti-nantikan. Manakan tidak waktu itu memerlukan murid ke padang untuk bersukan.

Namun bila kena salin baju sukan ke pakaian sekolah adalah yang paling leceh sekali. Lebih-lebih lagi buat perempuan. Tetapi berbeza buat gadis ini yang berkongsikan cara salin baju unik di sosial media.

Baru-baru ini video cara salin baju unik itu dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 38 saat itu kelihatan seorang gadis sedang menunjukkan cara untuk menukar baju dengan cara cukup unik. Video tersebut telah meraih 1.5 juta tontonan dan 76,300 retweets serta 141,500 likes.

Berikut adalah video yang tular di sosial media itu:

Memang lain dari yang lain cara salin baju gadis ini. Bijak dan kreatif! Tidak perlu bersusah payah membuka baju dan memakai pakaian lain yang hendak dipakai.

Namun cara ini mungkin tidak sesuai kepada semua orang dan bergantung kepada kesesuaian lokasi dan orang di sekeliling.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Aku masukkan lengan dalam baju pun tersekat”

salin baju

“Hahahha yang lawaknya, aku try salin baju pagi tadi. Lenguh siku nak bagi lepasss”

“Ini sangat membantu ketika fitting room penuh dengan kaki selfie tapi tak beli barang, terima kasih”

“Genius nih. Boleh dibuat masa tukar baju selepas olahraga”

baju

Sumber: Arissababy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here