Rasa Lemang Dalam Ketupat? Jom Buat Ketupat Roket Dari Sarawak Ini

1
3976

Jika di Semenanjung, juadah utama yang popular adalah ketupat nasi di negeri Pantai Barat manakala di Pantai Timur pula ketupat pulut. Menariknya di Sarawak pula, selain kek lapis yang sangat rencam warnanya, ada satu lagi yang popular iaitu ketupat lemang atau ketupat roket. Bunyinya sahaja menarik, ketupat seperti lemang dan bentuknya seperti roket?

Eiyjarn Aziean Angah dari Saratok, Sarawak telah berkongsi cara untuk menyediakan ketupat lemang, siap dengan langkah demi langkah untuk membuatnya.

Menurut Eiyjarn, asal usul ketupat roket ini rupa-rupanya sejak dari dahulu lagi, mungkin tahun 70-an atau mungkin lebih awal. Eiyjarn mempelajari cara membuat ketupat tersebut daripada neneknya. Hanya dengan sekali ajar sahaja, dia boleh menyiapkannya dengan sempurna dalam masa sehari.

“Ketupat ini warisan keluarga. Dari nenek moyang dulu, ketupat tu dah wujud. Alhamdulillah, masih diajar dalam keluarga. Saya tak jual pun ketupat ni. Selalu buat untuk makan-makan bersama keluarga. Kalau Hari Raya pun akan buat juga.”

Bahan-bahan untuk pulut
– 1 kilo beras pulut (cuci bersih, rendam sejam dan toskan)
– 2 biji kelapa parut (ambil santan secukupnya)
– 8 helai daun pandan
– Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1) Isikan beras pulut ke dalam ‘kerobong’ ketupat yang sudah dianyam tadi (isi penuh dan padat). Tutup dan kacipkan mengikut kreativiti.

2) Sediakan periuk dengan santan dan garam secukup rasa. Masukkan ketupat dan daun pandan ke dalamnya (pastikan santan menenggelamkan ketupat supaya santan tersebut meresap ke dalam ketupat untuk rasa lemak).

3) Rebus hingga masak atau hingga santan kering. Tutup periuk tetapi jangan lupa kacau sekali sekala supaya pulut masak sekata.

4) Siap, memang bentuknya bila dipotong seperti lemang. Nama pun ketupat lemang, boleh dimakan bersama rendang, kuah kari, serunding atau kuah kacang.

Jom kita lihat video anyaman ketupat.

Cara menganyam ketupat – Video dari FB Eiyjar

Ini pula, proses merebus ketupat.

Macam mana? Terliur lah pula bila melihat ketupat lemang ini. Jadi boleh lah cuba di hari raya untuk kelainan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here