13k Calon SPM Tuntut 50 Markah A+ Sejarah, Itulah Sibuk Main Tiktok Sampai Tak Belajar.

0
3144
sejarah

Untuk mencapai keputusan cemerlang dalam sesuatu perkara, sudah tentunya usaha yang berterusan diperlukan. Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh negara kini menduduki peperiksaan besar itu dan dijadualkan berakhir 28 November.

Namun, apa yang menjadi bualan adalah wujudnya petisyen mengenai pemarkahan beberapa subjek SPM oleh calon-calon yang seakan tidak masuk akal sekaligus menjadi ‘bahan’ gelak netizen.

Petisyen turunkan gred markah Sejarah

sejarah

Satu petisyen diwujudkan di laman change.org menuntut Kementerian Pelajaran Malaysia menurunkan gred markah subjek Sejarah kepada 50 markah bagi A+. Setakat ini, sejumlah lebih 13 ribu tandatangan telah dikumpul dengan sasaran 15 ribu.

Turut disertakan dalam kenyataan di laman itu adalah dakwaan Kertas 2 dan 3 yang dikatakan ‘agak mengarut’. Malahan, KPM didakwa tidak menyertakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selain format soalan dikatakan sudah diubah.

Petisyen itu mengundang kritikan netizen yang berpendapat 50 markah untuk A+ adalah tindakan merendahkan standard. Sebelum ini, petisyen sedemikian turut dianjurkan bagi subjek Matematik Tambahan.

Nanti negara ramai orang buta Sejarah

Ada 12k buta sejarah

Biarlah logik

Malahan, ada berpendapat markah 50 untuk mendapat A+ dalah tidak logik dan mengarut. Tambah individu itu lagi, tidak mustahil akan ada yang akan menganggap Sabah & Sarawak bukan dalam Malaysia selepas ini.

Sumber: Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here