Netizen Setuju Empat Cadangan Hadiah Hantaran Oleh Wanita Ini, Apa Je Tu?

0
1110

Sebut sahaja tentang hadiah hantaran perkahwinan, mesti kita selalu bayangkan barisan dulang barangan yang telah digubah dengan cantik seperti persalinan pakaian, kasut, jam tangan, gajet dan lain-lain.

Kredit foto

Namun begitu, empat cadangan hadiah hantaran yang dicadangan oleh seorang wanita di Facebook (Fauzan N Siti) menerima persetujuan ramai.

Empat cadangan hadiah tersebut adalah:

1) Seterika Wap Philips
2) Periuk Tekanan Tinggi Noxxa
3) Mesin pengering pakaian
4) Kuali ajaib

Menurut Fauzan, keempat-empat hadiah tersebut sangat membantu pasangan suami isteri dalam urusan rumah seharian. Memang ada betulnya juga, buat apa beli barang mahal seperti kasut, tetapi cuma boleh dipakai sesekali sahaja. Barangan yang lebih praktikal penggunaannya adalah pembelian yang lebih berbaloi, sebenarnya.

Cadangan hadiah ini walaupun sedikit mahal, namun ramai netizen bersetuju terutamanya kaum wanita kerana kebiasaannya merekalah yang bakal menguruskan kerja-kerja rumah setiap hari.

Jadi, bagi bakal pengantin baru bolehlah mengambil kira untuk memberi hadiah-hadiah hantaran seperti ini. Sekurang-kurangnya, apabila masuk ke rumah baharu kelak tak perlu membeli barangan baru lagi, kan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here