Bila Ayah Sakit vs Mak Sakit, Inilah 5 Perbezaannya.

0
499

Ramai cakap bila mak sakit macam mana pun mesti tak nampak sakit pun mereka masih juga membuat semua tugasan di rumah seperti biasa.

Cuba ingat semula, macam mana keadaan mak kita bila mereka diserang demam? Rasa macam tak ingat pula waktu tu kan?

Yang ‘kelakarnya’, pasti kita akan menemui beberapa perbezaan apabila kita membezakan bagaimana seorang mak dan ayah menghadapi tempoh sakit itu dengan cara masing-masing. Dan kalau anda seorang mak, anda pasti akan lebih lagi merasakan perbezaan ini.

BILA AYAH SAKIT VS MAK SAKIT, INI 5 PERBEZAANNYA. BETUL TAK?

1. JARANG NAMPAK MAK BERBARING & BEREHAT

Perbezaan paling utama yang kita nampak  bila mak sakit berbanding ayah sakit adalah bagaimana mak tetap meneruskan kerja seharian di rumah selagi terdaya. Katanya, “sakit sikit aja, tak apalah…” Tapi dia punya sakit ‘sikit’ tu, siap boleh memasak, basuh baju, hantar dan ambil anak balik sekolah, dan mengemas.

Walaupun ada yang ambil cuti daripada bekerja di pejabat, mereka tetap rasa kekok nak berbaring, berehat, atau melelapkan mata. Dan kebanyakan masa sebenarnya mereka memang tak boleh! (Rujuk poin seterusnya.)

2. ANAK-ANAK TETAP CARI MAK

Yang ini paling susah mak-mak nak tolak. Sembunyilah macam mana pun, walaupun di bilik air, si anak akan tetap cari mak. Kadang-kadang bukannya ada apa masalah besar pun, cuma nak mak bukakan plastik coklat tu je! Yang lain tu biasalah – tak jumpa barang,  nak minta makanan, nak bercerita apa yang cikgu cakap di sekolah tadi. Ada yang saja je panggil mak sedangkan ayah mereka ada tengah tengok TV di depan. Aduhai anak…

Yang menyusu badan pula, tetap perlu menyusukan bayi selang beberapa jam sekali tanpa ada cuti.

Tapi kalau ayah sakit,mak awal-awal dah pesan jangan ganggu ayah. Biar ayah berehat.
mak sakit

3. MAK TETAP URUSKAN DIRI SENDIRI

Mak lebih selesa kalau dapat menguruskan diri sendiri. Masak makanan mereka sendiri. jarang mak minta ayah masakkan apa-apa kalau mak sakit. Cukuplah dengan tengokkan anak-anak. Mak selalu makan ubat tepat masa tanpa perlu disuruh. Kalau boleh, mak nak cepat sembuh.

Kalau ayah sakit, selalunya mak akan masak yang special untuk ayah. Siap dipicit badannya, dituam dahinya. Mak suap ayah makan. Mak pesan banyak kali pada ayah supaya makan ubat pada waktu yang ditetapkan. Ayah memang manja, kan?mak sakit

4. BANYAK URUSAN TERGENDALA KALAU MAK SAKIT

Bila mak tak larat nak buat kerja, barulah nampak macam mana rumah menjadi kurang terurus. Satu famili lambat bangun, sarapan makan roti saja – itupun kalau sempat. Baju dah bertimbun-timbun dalam bakul, ruang tamu bersepah, meja makan pun penuh dengan pek bungkusan makanan lama yang tak dibuang.

Selama ini mungkin ramai tak sedar bahawa semua kerja rumah ini takkan ‘hilang’ dengan sendirinya. Itulah pentingnya tugas mak di rumah setiap hari walaupun mereka dianggap ‘hanya’ seorang surirumah. Tapi kalau ayah yang sakit, semua tugas ini masih juga berjalan seperti biasa.

5. SUASANA RUMAH KURANG BERSERI DAN CERIA

Walaupun ada yang anggap mak banyak membebel dan mengarah, tapi suara itulah yang akan dirindukan oleh semua ahli keluarga. Paling kasihan, anak-anak kecil pun pandai merengek dan mahukan perhatian mak. Nak pelukan dan ciuman mak. Tapi kalau cium lebih-lebih, takut juga berjangkit! Ayah pun tak tahu nak kata apa. Bukannya tak menolong, tapi bab nak tarik perhatian anak tu mungkin susah sikit mereka nak tandingi mak walaupun tengah sakit.

Pokok pangkalnya, masing-masing mesti dapat merasakan macam ada sesuatu yang ‘kurang lengkap’ dalam rumah itu. Tapi kalau ayah yang sakit, mungkin tak banyak perbezaan yang dirasa. Atau mungkin anak-anak tak perasan langsung agaknya?mak sakit

MAK KENA TETAP ‘SIHAT’ WALAUPUN SAKIT

Walau macam mana kental seorang mak cuba melawan penyakit, kadang-kadang mereka pun akan tewas juga. Cemburu juga bila lihat suami dapat berehat dan mendapat layanan istimewa kalau mereka yang demam tetapi bila mak demam walaupun ayah nak bagi layanan istimewa mak-mak ni memang sukar nak lepas tangan tugasan pada ayah.

Tapi sebenarnya mungkin mak-mak yang tak sampai hati dan kurang mempedulikan kesakitan yang dihadapi. Jadi lepas ini, mak sakit kena cuba berehat lebih banyak ya. Jangan abaikan keperluan diri sebab anda tak perlu jadi supermom setiap masa.

Akhir sekali, suami pun kena belajar untuk lebih menghargai isteri kerana mereka telah banyak berkorban untuk anda. Sekali-sekala, manjakanlah mereka juga ya!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here