Biar Anak Yang Sakit, Jangan Mak Yang Sakit. Deep Perkongsian Ibu Ni!

0
1091
anak yang sakit

Kita selalu dengar malah sering juga mengungkapkan, kalau boleh biarlah kita yang sakit daripada melihat anak yang sakit. Namun berbeza pula pandangan yang ingin dikongsikan oleh wanita ini.

Fahami apa yang dimaksudkan itu dan semoga ianya memberi ruang pada diri kita sendiri untuk tidak lagi tertekan mencari kesempurnaan dan menjadi terbaik tetapi jalani hidup ini dengan penuh tenang dan punya waktu yang membahagiakan diri.

Ini perkongsiannya.

Dulu, masa saya baru ada seorang anak, tiap kali anak demam atau sakit, saya susah hati. Sampai saya cakap kat mak saya, kalaulah sakit tu boleh berpindah, biarlah sakit anak tu pindah kat saya.

Tapi mak saya cakap, “Biar anak yang sakit, jangan mak yang sakit”. Masa tu saya rasa tak patut seorang mak cakap macam tu.

Tapi lama kelamaan, bila anak pun dah bertambah, baru saya faham apa yang mak saya cuba sampaikan.

anak yang sakit

BIAR ANAK YANG SAKIT, JANGAN MAK YANG SAKIT.

Andai semua ahli keluarga sakit sekalipun, seorang mak boleh jaga semuanya termasuk anak yang sakit. Tapi bila mak seorang yang sakit, semua isi keluarga jadi tak tentu arah, segalanya jadi kucar kacir. Sesungguhnya benar sekali.

Mak saya juga cakap, kalau makanan dah siap, ada masa makanlah dulu. Jangan risaukan anak belum makan. Sebab mak yang kena bertenaga. Jangan tunggu masa sesuai untuk makan, sebab seorang mak tiada masa sesuai. Kerana mak tiada me time.

Kalau ada duit, rasa nak makan makanan mahal sikit tapi tak mampu nak beli utk semua isi keluarga, belilah dan makan sendiri.

Contohnya, teringin sangat nak makan aiskrim Connetto (dulu aiskrim ni kira mahallah). Belilah & makan sendiri. Jangan rasa bersalah. Jangan rasa pentingkan diri. Sebab anak akan membesar, In Shaa Allah mereka akan ada masa utk menikmatinya, mungkin lebih dari kita. Doakan rezeki anak² dimudahkan.

Sbg mak, tak kiralah bekerja atau tak, kita tetap seorang mak. Kita tetap lalui perkara yang sama, tugas yang sama, rutin yang sama. Memasak, membasuh, mengemas, mencuci, mengajar, mendidik, membebel, semua tu tugas mak, tiada yang terkecuali. Carilah me time sendiri. Jangan tunggu me time itu datang, sebab ia takkan datang.

Tak perlu jadi sempurna untuk segalanya. Hidup ini bukan untuk jadi sempurna, tapi untuk dinikmati & menyimpan bekalan untuk hari kemudian. Jangan peduli kata orang sebab orang bercakap takkan pernah berhenti. Puaskan hati sendiri, bukan untuk orang lain.

Hidup untuk memberi, tapi simpan sikit untuk diri sendiri. Bukan kerana pentingkan diri tapi kerana kita manusia, ada kelemahan, kita tahu penat. Berehatlah jika nafas dah makin laju, jangan paksa diri. Minta bantuan jika perlu, walaupun adakala bantuan yang diminta, tiada yg peduli. Andai sukar didik suami, didiklah anak untuk membantu.

Moga mak² diluar sana sihat selalu agar dapat menjaga anak yang sakit, sentiasa dilindungi Allah swt dan diberi pahala berlipat ganda di atas pangkat sebagai MAK.

sumber : Farizal Radzali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here