Beri Ibu Ayah OKU Genggam Skrol Diploma, Anak Tunggal Banggakan Orang Tua

0
4948
graduan

Majlis konvokesyen merupakan satu majlis yang meraikan kejayaan para graduan kerana sudah tamat belajar. Bukan sahaja para pelajar yang teruja, malahan ibu bapa turut tidak sabar melihat anak tersayang melangkah di atas pentas menerima skrol.

Hal ini turut dirasai oleh seorang graduan peringkat diploma iaitu Siti Salmah Salim yang berjaya menggenggam segulung diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu hasil usaha bertahunnya menimba ilmu.

Tak dapat melihat tapi boleh dengar nama anak

Kejayaan tersebut turut dikongsi oleh ibu dan Fatimah Che Jaafar, 49, dan bapa tirinya Shaari Arifin, 56. Walaupun kedua orang tuanya tidak mampu melihat, mereka tetap berasa bangga apabila mendengar nama puteri tunggal mereka berkumandang di dalam dewan konvokesyen.diploma

Ini usaha gigih dia habiskan diploma…

Menerusi Harian Metro, Fatimah dan suami memaklumkan bahawa betapa gembiranya perasaan mereka apabila mendengar nama anak diumumkan walaupun mereka tidak daat melihat.

“Apapun saya tetap reda dan bersyukur malah sentiasa berdoa zuriat saya ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.”

“Namun kejayaannya adalah atas usaha gigih dan ketekunannya untuk mengubah kehidupan.”

diploma

Fatimah dan Shaari yang mencari rezeki sebagai busker di sekitar Setapak akan keluar untuk mencari nafkah sehingga larut malam itu telah menzahirkan rasa syukur yang tidak berbelah bahagi kerana diberi keizinan untuk menghadiri istiadat konvokesyen tersebut.

Anaknya iaitu Siti Salmah telah menyatakan bahawa kejayaan menggenggam skrol tersebut didedikasikan kepada kedua orang tuanya dan allahyarham bapa kandung yang sudah pun meninggal dunia pada 2004.

“Mereka sentiasa memberi kekuatan kepada saya untuk terus melanjutkan pelajaran.” – Katanya.

Tahniah dik banggakan mak ayah

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang melihat laporan daripada Harian Metro telah menurunkan komen diruangan Facebook sumber.

Mereka telah menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan gadis tersebut dan mendoakan agar Siti Salmah terus menjadi anak yang terbaik untuk ibu bapanya.

Semoga menjadi anak yang solehah

Berbaktilah kepada ibu bapa sebaiknya

Sumber : Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here