Hampir 80% Ibu Bapa Beri Gajet Sebagai Cara Mendiamkan Anak, Anda Bagaimana?

0
795
gajet

Jika anda mendengar kanak-kanak kini tidak didedahkan dengan sebarang penggunaan gajet, ia satu perkara mustahil.

Ini kerana 80% ibu bapa lebih banyak “mendiamkan” anak mereka dengan memberi telefon pintar atau gajet sebagai hiburan sekaligus mereka boleh melunaskan kerja-kerja lain yang tertangguh.

Namun dalam hal ini ia memberi kesan kepada minda anak-anak yang semenangnya umum mengetahui, namun kurang kesedaran dalam kalangan ibu bapa.

Perkara ini diakui Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh dimana keadaan tersebut berada pada tahap yang membimbangkan.

Ibu Bapa Benarkan Anak Memiliki Gajet

“Satu tinjauan pendapat yang dilakukan oleh LPPKN di Lembah Klang mendapati 78.3% ibu bapa membenarkan anak-anak memiliki gadget.

“Amat membimbangkan dengan sikap masyarakat yang kini dilihat begitu terikat dengan gajet dan peranti digital untuk memperoleh maklumat serta berkomunikasi, tanpa mengendahkan dunia fizikal di sekeliling mereka,” jelas Hannah di Dewan Rakyat.

Pada masa yang sama pihak kementerian turut mencari jalan bagaimana untuk mengawalnya selain meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang bahayanya gajet kepada kanak-kanak.

Meskipun ia banyak memberi faedah khususnya dalam pembelajaran dan komunikasi kepada mereka, namun kesan negatifnya sangat besar apatah lagi tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“Sebanyak 50.1% pelajar sekolah menengah berusia 13 hingga 17 tahun menghabiskan masa lebih tiga jam menonton televisyen dan bermain permainan di komputer.

“Tinjauan juga mendapati sebanyak 85.6% remaja adalah pengguna internet dan 29% dalam kalangan mereka sudah ketagihan internet.Peralatan untuk mereka melayari internet adalah telefon pintar sebanyak 94%, komputer 62% dan peranti tablet 31%,” katanya.

Berikutan itu, Hannah berkata pihak kementerian menerusi LPPKN akan mengambil beberapa inisiatif seperti menganjurkan majlis ilmu kekeluargaan pada Forum Keibubapaan di Alam Siber dan bicara santai keluarga yang membincangkan topik seperti keselamatan siber, tontonan kanak-kanak dan pornografi.

“LPPKN turut menganjurkan forum ‘Digital Parenting and Child Online Protection’ dengan kerjasama UNICEF pada 20 Jun 2019 serta seminar keselamatan kanak-kanak ‘Always Beware and Be Aware’ (ABBA) oleh Institut Sosial Malaysia (ISM) sejak 2015.

“Seminar ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Dasar Kanak-kanak Negara (DKKN) dan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara iaitu setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang selamat. Seminar ini telah diadakan di Felda Residence, Sungai Klah, Perak, Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka dan Langkawi,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here