Berhenti Guna 5 Wayar Extension Ini Kerana Cepat Overheat & Boleh Jadi Punca Kebakaran

2
1449

Baru-baru ini banyak kebakaran berlaku berpunca dari wayar extension yang terlebih panas kerana terlalu banyak penggunaan dalam satu masa. Meskipun kes ini tidak melibatkan nyawa terkorban namun kita tidak boleh pandang sebelah mata isu keselamatan ini.

Sebagai pengguna kita hendaklah sentiasa berhati-hati dengan apa jua produk yang digunakan di kediaman atau di pejabat terutamanya barangan elektrik. Maklumlah sekarang dengan lambakan kedai pelbagai barangan yang menawarkan rangkaian produk electrik dan electronik yang murah memang menjadi pilihan para pengguna.

Ramai yang kadangkala mengambil remeh tentang keselamatan apabila menggunakan barang elektrik. Antaranya ialah memastikan barang atau produk elektrik yang dibeli selamat untuk digunakan.

Penggunaan barangan elektrik yang tidak mengikuti spesifikasi keselamatan boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kebakaran. Antara produk yang sering kita guna namun agak dipinggirkan faktor kesematannya ialah soket pelbagai atau extension.

Pada April lalu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal Hong Kong (EMSD) telah mengeluarkan amaran kepada orang awamnya untuk berhenti menggunakan lima jenama wayar extension atau model yang didapati tak selamat digunakan. Memetik laporan Bastille Post dan World of Buzz, wayar yang terdapat di dalam extension ini terlalu nipis daripada spesifikasi ditetapkan.

Oleh itu ia berpotensi untuk menjadi panas terlalu cepat atau overheat dan menyebabkan kebaakaran. Berikut 5 jenama dan model wayar extension yang anda harus elak! Jika anda menggunakan salah satu daripada model ini, sila cabut daripada plag utama sekarang!

1. Jenama: Remax
Model: RU-S4

wayar extension

2. Jenama: LDNIO
Model: SC3301wayar extension

 

3. Jenama: LDNIO
Model: SC3604wayar extension

 

4. Jenama: NA
Model: ZGN-T06wayar extension

 

5. Jenama: NA
Model: ZGN-T08wayar extension

 

Kesemua 5 model wayar extension ini tidak dilengkapi dengan ciri-ciri dan mengikut piawaian keselamatan ditetapkan termasuklah di negara kita. Selain dilengkapi wayar yang nipis kesemua model (kecuali RU-S4) dilaporkan tidak dilengkapi fius yang menjadi sebahagian ciri penting keselamatan.

Kami nasihatkan anda untuk berkongsi informasi ini agar ahli keluarga dan rakan-rakan tidak menggunakan produk yang tidak mencapai tahap keselamatan seperti yang ditetapkan oleh SIRIM. Ini kerana produk-produk ini boleh didapati dengan senang menerusi platform beli-belah secara online.

Nasihat kami, belilah produk yang mendapat kelulusan daripada SIRIM. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.

Kredit: Bastille Post & World of Buzz

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here