Generasi Muda Sanggup Berlapar Demi Bergaya Dengan Kereta Mahal, Baca Nasihat Ni.

Generasi muda pada hari ini didapati sanggup menghabiskan duit gaji setiap bulan semata-mata untuk membayar ansuran bulanan kereta tanpa menyedari betapa pentingnya untuk berjimat dan membuat simpanan di masa depan. Malahan mereka berlumba-lumba menambah aksesori pada kereta masing-masing.
Seorang juruterbang pesawat Boeing 757/767 yang juga merupakan bekas anggota Polis Diraja Malaysia, Mohd Ezairol Rezan Zainol telah membuat hantaran berikut di Facebooknya mengenai isu ini.
Dengan hanya menggunakan 2 buah kenderaan Perodua Axia untuk dirinya dan isteri ke tempat kerja setiap hari, dia memberikan gambaran betapa mudah sebenarnya langkah untuk berjimat.
Walau bagaimanapun, di ruangan komen dia menasihatkan agar mereka yang berkeluarga dan berkemampuan bolehlah mendapatkan sebuah lagi “Family Car” yang lebih baik untuk pulang ke kampung seperti dirinya yang memiliki sebuah lagi Honda CRV.
Perkongsian Mohd Ezairol tersebut mendapat respon yang positif dan kini telah mendapat lebih 4 ribu Likes dan 9 ribu Shares! Ikuti perkongsiannya berikut yang sungguh bermanfaat untuk generasi muda pada hari ini.
Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan…
Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki. Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan road tax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.🤣
Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.😅
Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle aku nak bayar bulan-bulan. Orang nak kutuk tu biasalah… 🤭Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.
Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan TikTok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni. Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu.
Kawan…
Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan. Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.
#NasihatUntukOrangMuda
- Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…
- Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
- Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.🤭
- Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.
- Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.
- Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.
Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua…😉