Bengkel Kereta Kian Sepi, Pomen Tiada Kaki & Tangan Sedih Pelanggan Makin Kurang

2
3665
bengkel kereta

Bengkel Kereta Kian Sepi, Pomen Tiada Kaki & Tangan Sedih Pelanggan Makin Kurang | Usaha setiap orang dalam mencari rezeki selalunya berbeza-beza. Selagi ada kemahuan, sudah pasti ada jalan walaupun ia sukar dan agak mustahil untuk dilakukan.

Menerusi satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Pak Busu, dia telah membuka bengkel kereta membaiki kenderaan di Melaka walaupun merupakan seorang insan kelainan upaya (OKU).

Tak ada kaki & tangan tapi mampu bekerja di bengkel

Tidak mempunyai kaki dan tangan yang normal, lelaki ini masih gigih bekerja dengan membaiki kereta yang rosak di bengkel kereta miliknya.

bengkel kereta

Pelanggan makin kurang sebab kasihan

Menerusi posting itu, Pak Busu mencoretkan rasa kesalnya apabila bengkel yang dibuka tidak menerima ramai pelanggan. Hal ini berikutan mereka tidak sampai hati untuk melihat lelaki itu membaiki kereta dalam keadaan serba kesusahan.

Oleh itu, dia berharap agar mereka meninggalkan sentimen tersebut kerana dia memerlukan duit untuk menampung perbelanjaan seperti membayar sewa bengkel kereta dan juga keperluan keluarga.

bengkel kereta

Pakat2 pergi bengkel brader ni!

Lelaki yang mempunyai dua orang anak ini juga berharap agar mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya untuk membaiki kereta boleh sahaja menghubunginya melalui nombor telefon yang disertakan di posting itu kerana dia amat memerlukan pelanggan bagi meneruskan perbelanjaan harian.

Insaf tengok kegigihan Pak Busu

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang melihat posting tersebut telah meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Facebook sumber.

Mereka berharap agar orang ramai datang membaiki kereta di bengkel Pak Busu supaya lelaki itu terus diberikan rezeki yang halal untuk keluarga.

Selain itu juga, mereka turut memuji kegigihan Pak Busu kerana langsung tidak menjadikan kekurangan diri sebagai satu jalan untuk meraih simpati dan tetap berusaha mencari duit sendiri bagi kehidupannya.

Semoga Allah murahkan rezeki abang

Salute dengan abang!

Sumber : Pak Busu

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here