Bengkak Gusi Sampai Reput, Budak Terpaksa Buang Hampir Semua Gigi

1
6809
gusi bengkak

Menjaga kesihatan gigi perlu dijaga sejak dari kecil lagi. Gigi susu yang rapuh menyebabkan bengkak gusi dan dicabut sebelum masanya boleh mengganggu nutrisi baik dan perkembangan pertuturan.

Itu yang dihadapi oleh seorang  kanak-kanak perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan akibat gigi mereput sehingga gusi membengkak.

gusi bengkak

Perkara itu dikongsi oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut dengan memuat naik sebuah posting di laman Facebook. Ikuti perkongsiannya..

gusi bengkak

Bagi yang tanya kakak sakit apa, sebenarnya kakak buat pembedahan gigi. Gigi dia buruk dan mereput serta gusi membengkak. Jadi dia selalu sakit gigi.

Bila ke klinik, doktor tak boleh nak cabut sebab gigi dia rapuh dan kebanyakannya dah tinggal tunggul kat dalam gusi. Gigi baru nak tumbuh tak boleh nak keluar sebab ‘blocking’.

BENGKAK GUSI SEBELUM DAN SELEPAS

Jadi doktor sarankan untuk buat pembedahan gigi. Buang semua gigi sekali gus. Hampir 20 batang jugak. Kita cabut satu pun menangis, apatah lagi banyak camtu.

Siap kena jahit atas bawah pulaktu. Alhamdulillah semasa pembedahan, semua berjalan dengan lancar.

Selepas pembedahan keadaan kakak stabil, sekarang dah boleh bawa dia pulang.. Terima kasih auntie dan uncle yang ambil berat tentang kakak. 

Semoga cepat sembuh

Moga gigi baru cepat tumbuh

Cantik dah gigi lepas ni!

Para ibu bapa penjagaan gigi kanak-kanak meskipun sekadar gigi susu sangatlah penting. Jangan kerana ianya gigi susu bukan gigi kekal ramai ibu bapa kurang menitik beratkan pentingnya membuat pemeriksaan gigi dan penjagaan makanan yang betul.

Sumber : Facebook

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here