Belum Terlambat Untuk Putera Harry Batalkan Perkahwinan – Abang Meghan Markle

0
452

Abang tiri Meghan Markle secara terus terang mengatakan yang hari bahagia Putera Harry bakal menjadi kesilpan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja.

Disebabkan itu, Thomas Markle Junior telah menulis surat terbuka, menyatakan yang ianya masih belum terlambat bagi Putera Harry untuk membatalkan perkahwinan itu.

                                     Foto: Hello Magazine
The Mirror UK melaporkan, Thomas yang merupakan adik beradik sebapa menyifatkan Meghan adalah seorang yang membosankan, berfikiran cetek dan bongkak.

Malah menurutnya, perkahwinan itu adalah ‘kisah dongeng yang palsu’ dan hanya bakal menjadi bahan jenaka kepada kerabat diraja Britain.

                                             Thomas
Surat tersebut dikongsikan kepada In Touch Weekly:

                                       Foto: In Touch
“Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan diraja, ia menjadi semakin jelas bahawa ia satu kesilapan terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja.”

“Meghan Markle sudah jelas bukan wanita terbaik untuk kamu.

“Saya pelik kenapa kamu tidak nampak sikap sebenar Meghan selama ini yang jelas di mata dunia.

“Cubaan Meghan untuk berlagak seperti seorang puteri sama macam pelakon Hollywood gred C, dan ia sudah lapuk.”

Katanya, bapa mereka dibebani masalah hutang untuk memastikan cita-cita Meghan bergelar pelakon menjadi kenyataan.

“Apa jenis manusia yang menggunakan bapa sendiri sehingga muflis dan kemudian melupakannya di Mexico sehingga muflis disebabkan oleh hutang-hutang Meghan.

“Dan bila tiba masa untuk membayar balik, dia lupa bapanya sendiri macam dia tak pernah kenal.

“Nampak jelas popularitinya di Hollywood telah membuatkan dia lupa diri.

“Dia juga tidak menjemput keluarga sendiri, tapi menjemput orang luar ke perkahwinan itu. Siapa yang lakukan begitu?

Thomas mengakhiri suratnya dengan: “Meghan masih adik saya, dia adalah keluarga.

“Jadi apa sahaja yang berlaku kepada dirinya, sama ada dia mahu melupakan yang dia mengenali saya atau seluruh keluarganya, keluarganya sepatutnya diutamakan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here