Barangan Belian 11.11 Anda Melalui Taobao Mungkin Hilang, Akibat Kapal Kontena Karam.

0
3149
Taobao

Barangan Belian 11.11 Anda Melalui Taobao Mungkin Hilang, Akibat Kapal Kontena Karam. | Sekiranya anda masih ingat, tarikh 11.11 yang lalu telah berlangsungnya promosi jualan hebat dimana sejumlah besar barangan dijual dengan harga diskaun. Jualan 11.11 ini secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai memesan barangan dan dan luar negara.

Malah, laman web luar negara iaitu Taobao telah mengumumkan kebanjiran barangan yang bakal dihantar oleh syarikat kurier. Tanpa diduga, kapal kontena yang membawa barangan yang dipesan melalui laman web Taobao seberat 879 tan dilaporkan karam selepas berlaku pelanggaran dengan sebuah lagi kapal berdekatan Fuzhou City 20 November lalu.

Taobao

Insiden Kapal Karam Korbankan Barang Jualan Taobao dan 2 Nyawa

Insiden ini bukan sahaja membuatkan sejumlah besar barangan yang dipesan pembeli ‘terkorban’, malah turut meragut dua nyawa. Selain itu, tujuh lagi krew kapal dilaporkan cedera terdiri daripada warga Taiwan dan Indonesia.

Berdasarkan isu yang berlaku, syarikat jualan barang dari China ini menjanjikan untuk membayar balik harga barangan yang ditempah kepada para pengguna menggunakan platform Alipay. Untuk pengetahuan, insiden ini merupakan kali pertama Taobao gagal menghantar barangan kepada pengguna berikutan insiden.

TaobaoJika anda ada membuat tempahan di laman web berkenaan sempena jualan 11.11, adalah lebih baik sekiranya anda menyemak status barangan anda untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here