Bayar Tempat Duduk Murah, Penumpang Pesawat Biadab Baring Di Kerusi Premium

0
176

Seorang penumpang wanita Air Asia menimbulkan kekecohan apabila sewenang-wenangnya menukar tempat duduk dan berbaring di kerusi Premium dengan alasan ianya kosong.

Daily Mail melaporkan, wanita tersebut telah berbaring di tempat duduk Premium sebelum pesawat berlepas.

Menurut sumber, wanita itu telah menempah tempat duduk standard bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong namun telah bertindak ‘menaik taraf’ sendiri tempahannya.

Disebabkan ingin menikmati lebih ruang kaki, dia berpindah ke barisan tempat duduk keutamaan yang memperuntukkan caj tambahan sebanyak £27 (RM147.34).


Foto: Daily Mail

Seorang penumpang tempat duduk Premium dikenali sebagai Bruce Lam telah mengarahkan wanita itu kembali ke tempat duduk asalnya namun keadaan menjadi kecoh dan pertengkaran mula berlaku.

Walaupun pada mulanya dia kembali ke tempat asal namun wanita tersebut datang balik ke tempat duduk Premium sebanyak dua kali, baring dan bermain telefon bimbit.

Bruce memberitahu, “Kami membayar tambahan untuk tiket kami. Apabila pesawat berlepas, seorang wanita pertengahan umur berjalan dari tempat duduk standard ke tempat duduk Premium di belakang saya.

“Kakitangan dengan cepat meminta wanita itu untuk kembali ke tempat duduknya dan menjelaskan dia tidak boleh sewenang-wenang berbuat demikian. (Namun), wanita itu dengan marah berkata ‘mengapa’.”

“Dia kemudian dimaklumkan terdapat bayaran tambahan untuk kawasan-kawasan tertentu dan itu mengambil masa empat hingga lima bagi penumpang itu kembali ke tempat duduknya.”

“Selepas lima minit dia kembali untuk kali keduanya. Beberapa minit kemudian, wanita itu berjalan ke belakang saya untuk kali ketiga. Seorang kru penerbangan meminta wanita itu kembali ke kerusinya dan berkata ia tidak adil untuk orang lain.

“Saya tidak tahu sama ada kakitangan itu terlalu lembut atau sopan, tetapi wanita itu bersikap lebih buruk daripada sebelumnya. Dia sangat kasar dan marah.

“Kira-kira sepuluh minit kemudian, kru penerbangan itu berjalan ke sisi saya dan berkata dalam bahasa Cina: ‘Terima kasih, kami sering berdepan dengan tetamu yang kurang ajar’,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here