Bawa Motor Sambil Dukung Anak, Pemandu Kereta Gigih Iring Bapa Ini Sampai Rumah

0
11136
lampu

Bawa Motor Sambil Dukung Anak, Pemandu Kereta Gigih Iring Bapa Ini Sampai Rumah | Jika kita selalu memikirkan kehidupan terlalu sukar, hakikatnya ada lagi insan yang terpaksa menempuh ujian dan dugaan hidup yang lebih besar.

Seperti baru-baru ini, seorang wanita menerusi Facebooknya dengan nama akaun Miera Rosli telah berkongsi kisah pengalamannya, bertemu dengan seorang bapa yang terpaksa menunggang motorsikal sambil mendukung anaknya.

Sebelah bawak motor, sebelah dukung anak

Berdasarkan apa yang dikongsi wanita  tersebut, bapa itu membawa dua orang anaknya yang masih kecil membonceng motorsikal.

Anak yang besar duduk dalam raga, manakala yang si kecil pula didukung sambil sebelah tangan membawa motorsikal. Difahamkan, tiga beranak itu mahu pulang ke rumah mereka dari Jitra ke Changlun.

Lampu motorsikal rosak, anak didukung dah tertidur

Risau melihat keadaan tiga beranak itu, ditambah lagi anak kecik yang didukung sudah pun terlena di bahu ayahnya, wanita itu bertindak mengikuti daripada belakang, sebelum mempelawa untuk menghantar anak-anaknya.

Walau bagaimanapun, si ayah tersebut tidak mahu menyusahkan, lalu wanita itu hanya mengekori daripada belakang sambil menyuluhkan lampu kereta sepanjang perjalanan tiga beranak itu ke rumah.

bawa motor

Usaha sangat murni…

Tindakan wanita tersebut membantu ayah bawa motor bersama dua anak tersebut mendapat pujian ramai, kerana keprihatinannya membantu mengiring si ayah dan dua anaknya sampai ke rumah.

Terima kasih bagi lampu…

Dalam perjalanan dia harap anak selamat jer

Kesusahan orang lain pun ujian untuk kita

Dalam kehidupan ini sentiasa ada hikmah yang Tuhan turunkan untuk kita, hari ini orang susah kita bantu, esok lusa kita susah pasti orang tidak berat hati nak menghulur pertolongan pada kita pula.

Sumber : Miera Rosli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here