Aduhai Boleh Pula Bawa Masuk Haiwan Peliharaan Ke Dalam Pusat Beli Belah, Emma Maembong Ditegur Peminat!

0
264

MH pasti mesti ramai dah kenal dengan pemilik nama ‘Siti Fatimah Rohana’ atau lebih dikenali sebagai ‘Tim Tim’ kan?

Kalau nak tahu, Tim Tim adalah kucing peliharaan pelakon, Emma Maembong. MH difahamkan bahawa Emma membawa kucingnya itu kemana sahaja dia pergi.

Semalam, Emma memuat naik video di laman IG Tim Tim dimana aktres tersebut membawa kucingnya ke pusat membeli-belah Mydin.

“Teman Mummy dan Ayoh pergi Mydin,” tulisnya.

Pada MH, Emma mungkin mahu berkongsi pengalaman pertama Tim Tim di ‘mall’ namun lain pula yang dilihat oleh netizen.

Melalui pemerhatian MH di ruangan komen, ada segelintir netizen yang memberikan ‘nasihat’ kepada Emma yang risau sekiranya dia dikecam kerana membawa ‘haiwan peliharaan’ masuk ke dalam ‘mall’.

Namun begitu, ada juga netizen yang memerli status Emma sebagai pelakon mendakwa bahawa sebagai seorang ‘public figure’ mudah sahaja Emma terlepas daripada ditegur.

Pada mulanya, MH juga berfikiran sama dengan netizen saat melihat Tim Tim di dalam mall, namun MH yakin semestinya Emma sudah mempunyai perbincangan dengan pihak ‘mall’ tersebut.

Apa-apapun, kita jangan terlalu mudah menuduh. Yang penting, MH terhibur dengan video tersebut.

sumber: IG Tim Tim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here