26 Bank Sepakat Setuju Batalkan Caj Perkhidmatan RM2 dan RM0.50

0
945
caj perkhidmatan

26 bank telah bersetuju untuk menghentikan caj perkhidmatan untuk transaksi konvensional seluruh negara, ekoran bantahan kuat dari pelanggan yang mendakwa tindakan tersebut adalah tidak adil.

Free Malaysia Today melaporkan pengumuman tersebut dilakukan oleh Persatuan Bank Malaysia, yang dianggotai oleh 26 bank, sehari selepas kumpulan tersebut mempertahankan langkah itu yang menurutnya adalah untuk menggalakkan pelanggan menggunakan kemudahan perbankan internet.

Tambah kenyataan itu, bank akan menghentikan caj untuk pembayaran pembiayaan dan kredit kad di kaunter dan juga di mesin deposit tunai.

(Sebelum ini, caj sebanyak RM2 dikenakan untuk transaksi pembayaran di kaunter, manakala RM0.50 untuk pembayaran di mesin deposit tunai – editor) di kaunter dan mesin deposit serta caj untk cek dan pembayaran tunai.

caj perkhidmatan

“Bank-bank ahli kami akan berkomunikasi dengan pelanggan mereka melalui komunikasi berbangkit, termasuk laman sesawang bank, dan bersedua untuk membantu mereka untuk membiasakan diri mereka dengan saluran alternatif atau sebrang pertanyaan berhubung perkara ini” – Persatuan Bank Malaysia.

Awal minggu ini, beberapa NGO termasuk CAP, NUBE, dan FOMCA mengkritik tindakan bank negara membenarkan caj tambahan oleh bank-bank komersil terhadap pelanggan.

Parti Sosialis Malaysia turut mengkritik tindakan membebankan pelanggan terutama golongan berpendapatan rendah.

CAJ PERKHIDMATAN KETERLALUAN

CAP dan NUBB mendakwa aduan mereka kepada Bank Negara tidak dilayan. Dua minggu lepas, Buletin TTKM melaporkan caj tambahan tersebut yang kebanyakannya tidak disedari oleh pelanggan bank.

Penarikan balik itu membabitkan caj pembayaran sebanyak RM2  bagi cek dan tunai untuk kad kredit serta bayaran pembiayaan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM).

Tindakan beberapa bank tempatan itu dikritik oleh Tan Sri Rais Yatim, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Negeri Sembilan, dengan menyeru orang ramai membantah tindakan beberapa bank yang mengenakan caj pada perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.

Bekas menteri kabinet itu berkata, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40.

Malah, ada pihak yang mengkritik Bank Negara Malaysia yang didakwa membenarkan pihak bank-bank mencekik darah pengguna dengan mengenakan pelbagai caj perkhidmatan.

Dalam kenyataan tersebut ABM menambah, pada masa ini beberapa segmen pelanggan sudah pun dikecualikan daripada caj termasuk kepada golongan kurang upaya dan warga emas.

Untuk pelanggan yang datang ke kaunter, terdapat alternatif mudah untuk menjalankan transaksi perbankan dan mendapatkan perkhidmatan seperti yang disediakan melalui mesin juruwang automatik (ATM).

Menurut ABM, ahli-ahli banknya akan berkomunikasi dengan pelanggan masing-masing (termasuk laman web bank).

Selain itu, tular satu video rakaman perbualan seorang lelaki dengan sebuah bank yang melepaskan rasa tidak puas hati beliau mengenai caj perkhidmatan tambahan RM2 yang dikenakan oleh bank.

Tambah lelaki itu, perbankan internet bank terbabit sering ‘down’, dan merasakan tindakan bank itu adalah “sangat tidak patut”

“Boleh buat online, tapi online korang macam ****… down berapa kali!.. Kalau stabil tak apa no problem.. ini selalu down! .. Kami mahu perkara ini (caj perkhidmatan) dibatalkan! Duit dah ambil interest tinggi-tinggi pada pinjaman, nak ambil pula RM2 mengarut betul!”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here