Walaupun Harga RM2.12 Sen Tapi Memang Berkesan Digunakan Wanita Ini Kongsi 13 Barang Rumah Korang Wajib Beli Di ECO

2
1501

Harga barang yang murah tak semestinya tidak berkualiti. Sebut sahaja kedai ECO, mak-mak mesti kenal, barangan rumah dijual di sini dengan harga RM2.12 sen sahaja. Untuk yang belum tahu, ini lah masanya untuk anda membeli barang pembersihan rumah yang memang berkesan digunakan dan berbaloi dibeli.

Tapi, antara banyak barang yang dijual, 13 barang pembersihan rumah ini merupakan barang yang korang wajib beli di ECO. Perkongsian oleh Puan Hani Mynis ini boleh dijadikan rujukan untuk anda. Memang berbaloi kerana ada di antaranya memang laku habis, jadi rebutan ramai !

13 barang pembersihan rumah wajib beli kat Eco! Siapa yang personally kenal hani tahu betapa obses nya hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2)!

Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi ! Tapi mcm mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20.

Punyalah obses, hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu hani ajak dia pergi mcm buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw2 beli ni beli tu haha

Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yg hani dpt dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven! Nampak sgt dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.

Punyalah obses, kalau hani jumpa barang viral yg susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, hani akan tegur stranger makcik yg ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dapat, bagus sangat!, beli lah!” haha sangat kepochi kan.

So sangat obses, Hani kongsi kan 13 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sebab ada antara barang yang viral susah benau nak jumpa!!). Walaupun harga dia Rm2.12 jangan pndang rendah keberkesanan dia ok! Serious talk haha

Ni post panjang, maaf!! Tapi mode #hanisimakjemah is on! Haha. Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dalam gambar ni!

No 1 atas takhta ! Sudah semestinya magic span! Siapa tak kenal magic span punya magic?? Memang magic sungguh Hani rasa macam terharu kejap.

Apa je dia tak boleh cuci?
– Bersihkan segala dakwat, pen, permanent marker pen, pensil, crayon kat mana2 permukaan.
– Bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air.
– Bersihkan kesan-kesan tangan jari kat suis-suis.
– Bersihkan kesan minyak, minyak sambal kat bekas makanan.
– Kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca.
– Dan banyak lagi.

Kalau ada orang tanya Hani macam nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapan Hani, cuba dulu dengan magic span! Tak berkesan baru cuba cara lain haha.

Disebabkan viral nya magic span ni memang bertuah sangat lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri untuk dibeli. So option lain, Mr Diy, Daiso dan Shopee!

Kedua! Sabun basuh baju viral, Hani bagitau kat Alif ni nama dia bongkah emas sebab nampak ni kat rak mata hani bulat macam nampak sebongkah emas haha.

Nama je laundry soap! Nope! Bukan hanya untuk laundry je, sagat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny! Masukkan sikit dalam air panas + cuka, mop lantai! Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles.

Sabun ni kalau nak basuh baju anak yang putih, baju sekolah hilangkan daki-daki kat kolar baju, tahi lalat kat baju mmg berkesan, rendam kejap dalam air panas campur sabun yang dah disagat. Memang magic! Tapi kalau malas nak rendam-rendam terus je masuk dalam mesin boleh aja.

Sama macam magic span, disebabkan viral nya susah nak jmpa, option lain ada jual kat Mydin. Sabun buruh namanya tak silap.

Ingat tak Hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy hani? Hani dah tak guna tu, Hani dh jumpa pengganti yang lebih power! Haha kenapa power? Sebab roller ni boleh basuh! Tak perlu lagi nak cabut2 sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja den hehe

Fungsi dia : Khas untuk kutip rambut-rambut habuk-habuk kecil kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum!

Super tot pencuci lantai. Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat! Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit!

Microfiber cloth. Ni pun wajib ada lagi-lagi dalam “quick cleaning caddy” Hani, bayangkan orang nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuh lah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan hehe.

Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana2 permukaan yang obvious habuk nya tu. Senang kerja ha. Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ni, lagi berkesan guna ni dari sapu2 guna duster, bulu ayam sebab microfiber ni sambil dia bersihkan dia perangkap habuk instead of dia “pindahkan” habuk tu ke tempat lain. Beli!

Wet tissue. Kalau nak lap kotoran-kotoran kecil2 kat meja makan atau atas perabot.

Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu. Hujung besi tu untuk kikis kerak2 tu sebelum kita berus dengan berus besi tu.

Belakang kuali and periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny.

Stain remover. Sebab dlm kandungan dia ada peluntur macam clorox tu, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15minit gitu, hilang segala kotoran tk perlu nak berus dah, tuang kat lantai pun boleh tp biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dengan air.

Elakkan kena kulit, sama mcm clorox semua tu. Kat Mr diy pun ada benda yang sama, label yang berbeza.

Disclaimer: disebabkan stain remover ni sangat “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pda kawasan tile yang terlindung dulu. Letak sikit je tengok kesan nya.

Berus dengan tiga jenis berus (faham ke apa hani cakap haha). Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku tu ada keras-keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span haha so guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun.

Penyepit span, pembersih tingkap! Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant smpi sekarang haha guna kan lah haha.

Plastik sampah wangi. Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangi. Elok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu ha.

Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) Hani guna kalau setakat nak cuci-cuci biasa yang mingguan buat. Untuk kotoran biasa-biasa je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tadi atau clorox. Not bad untuk harga dia rm2.12!

Sumber: Hani Mynis

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here