Kami Kena Pakai Baju Sedondon Lagi Ke? Tahun Depan Dah 17 Tahun.

0
1222
sedondon

Memilih dan membelikan baju yang sedondon buat anak-anak menjadi perkara biasa buat golongan ibu. Apatah lagi dikurniakan anak kembar, betul tak? Bukan sahaja senang buat para ibu kerana tidak perlu memilih banyak kali, anak-anak yang memakai pakaian tersebut turut kelihatan sangat serasi apabila keluar bersama.

Menerusi Twitter Syazaaaa, gadis ini berkongsi foto dirinya bersama kembar yang memakai baju sama warna dan design sejak kecil lagi. Perkongsian menarik itu berjaya mencuri perhatian netizen apabila menerima hampir 5k retweet. Wow!

Selalu gaduh pasal outfitsedondon

Melalui perkongsian tersebut, ternyata ibu Syaza sangat suka apabila mereka berdua mengenakan baju yang sama meskipun usia mereka bakal mencecah 17 tahun. Walaupun keserasian tersebut dianggap comel, Syaza turut mengakui bahawa ada cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka. Misalnya, terpaksa bertekak mulut kerana kedua-duanya mempunyai citarasa fesyen yang berlainan.

Selalu pakaikan sedondon

Menerusi ruangan komen, netizen turut berkongsikan pengalaman yang sama. Netizen turut memuji imej Syaza dan kembarnya serta menyimpan hasrat untuk dikurniakan zuriat kembar seperti mereka.

Sumber: Syazaaaa

The following two tabs change content below

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here