Doktor Muda Ini Beri Amaran Kepada Netizen Bahayanya Dua Produk Keluaran Jamu Susuk Dara

0
3635

Seorang doktor muda yang agak popular di laman sosial dalam isu pembongkaran produk2 merbahaya dan tidak mendapat kelulusan KKM iaitu Dr Amirul Amzar telah memuat naik satu status tentang dua produk keluaran dari JSD . Posting asal beliau boleh lihat disini.

REPOST: HATI-HATI DENGAN JAMU SUSUK DARA

Pos ini adalah nasihat ringkas kepada pengguna dan penjual produk Jamu Susuk Dara (JSD).

2 produk keluaran JSD telah tular memberikan masalah:

1. Coklat Love Habibi, CLH – disahkan oleh badan farmasi mengandungi ubat metformin yang mana pengambilan tanpa kawalan dan pemantauan doktor akan memudharatkan pengguna.

2. Susuk Kekal Dara, SKD – produk ini tidak berdaftar. Ia telah menyebabkan berlaku lekatan yang teruk dalam kemaluan seorang pengguna hingga menyebabkan beliau terpaksa dirawat di hospital.

(http://www.thereporter.my/2017/09/nak-berjalan-tak-boleh-kalah-orang.html)

Pengasas JSD mengambil jalan mudah dan tidak bertanggungjawab dalam menangani isu ini. Disalahkan pada pengguna. Katanya pengguna tidak merujuk cara pemakaian yang betul dari penjual. Kiranya harga yang dibayar semasa membeli jamu itu termasuk harga konsultasi cara penggunaan yang betul.

Wahai masyarakat yang dikasihi, dengarkan nasihat saya:

1. Pengasas atau penjual JSD tiada kelayakan atau ilmu pengetahuan yang cukup dalam bidang kesihatan untuk membolehkan mereka menjadi konsultan kesihatan. Kebanyakan mereka adalah bukan staf kesihatan, malah saya yakin tiada satu antara mereka adalah doktor.

2. Sediaan JSD tidak mendapat pendaftaran KKM. Tiada jaminan ianya selamat. Apa-apa berlaku tanggung sendiri. Boleh rujuk gambar kedua, ditulis “sediaan tradisional tiada KKM”. Ayat itu menggambarkan “kalau jadi apa-apa, kami tak tanggungjawab”

3. Elakkan dari membeli produk sebegini yang tidak berdaftar. Pengasas masih lagi dalam inkuiri kes CLH namun masih berani menjual dengan alasan ada permintaan.

4. Kepada penjual, saya nasihatkan berhenti menjual produk-produk sebegini dan memberi nasihat yang merapu. Jika komplikasi berlaku, anda hanya berlepas tangan dan menunding jari sepenuhnya pada pengguna. Mohon berubah, amalkan perniagaan beretika. Jangan jadikan rezeki anda dari sumber HARAM.

Semoga produk sebegini jatuh dan tiada lagi dijual di pasaran.

P/S: ayat “ilmu Allah itu luas” biasanya digunakan oleh penjual tidak berilmu untuk menipu masyarakat. Mohon tidak terperdaya.

Dr Amirul Amzar

Dipetik dari Fb Dr Amirul Amzar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here