Bahaya Plastik Mainan Tiup, Tercucuk Hingga Lelangit Anak Koyak

0
1778
plastik

Bahaya Plastik Mainan Tiup, Tercucuk Hingga Lelangit Anak Koyak | Malang tidak berbau, itulah perumpamaan yang mampu menggambarkan detik cemas yang dihadapi oleh Nur Hidayah Baharom apabila anaknya yang sedang bermain tiba-tiba terjatuh dan straw permainan yang ada ditangannya tercucuk ke dalam mulut anak ini. Apa yang lebih menyedihkan apabila mulut kanak-kanak ini dikatakan terkoyak. Kesiannya!

Tiba-tiba tersembam

Tujuan saya masukkan cerita ini sebab untuk beri peringatan dan pengajaran buat saya dan ibu bapa di luar sana supaya tidak leka. Apa-apa pun yang anak-anak kita pegang dan main kena lihat dulu sama ada benda tu boleh tercucuk di mata, hidung atau mulut seperti sekarang yang terjadi pada anak sendiri.

Anak saya Nur Alisha Safiya Binti Mohd Khairul Anuar yang baru berumur 2 tahun main satu alat permainan yang biasa ada di birthday party tu. Masa itu, dia tengah letak benda tu dekat mulut sambil tiup-tiup. Kemudian, dia tiba-tiba terjatuh tersembam dan plastik mainan tu secara tidak langsung terus tergodok termasuk dalam mulut Alisha. Benda ni berlaku depan mata saya sendiri, mulut dia koyak dan darah keluar banyak tak berhenti.

Dalam mulut terkoyak besar tercucuk plastik mainan

plastik mainan

Saya gigil sebab tengok darah terlalu banyak tak berhenti. Suara dia tak ada sebab menangis sampai muka jadi biru. Kemudian saya basuh kan muka dia dan bagi dia minum air sejuk. Bila dah berhenti darah, saya tengok dalam mulut dia terkoyak besar. Kami bergegas bawa dia ke hospital. Selepas itu, doktor terus buat surat ke pakar untuk buat jahitan.

Kepada ibu bapa di luar sana, jadikan ini sebagai peringatan dan pengajaran buat kita semua apabila anak pegang plastik mainan macam ni.

Respon netizen

Perkongsian ini telah mendapat perhatian daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa anak kecil ini. Tidak kurang juga ada diantara mereka yang turut berkongsi pengalaman yang sama anak mereka pernah hadapi.

Sumber: Nur Hidayah Baharom

The following two tabs change content below

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here