Bahaya Pakai Jaket Terbalik, Sekelip Mata Motor Terbalik Bila Jaket Tersangkut Pada Rim

0
7547
jaket

Kesedaran keselamatan jalan raya amat penting buat semua individu bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan. Selain mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya, faktor pemakaian juga perlu dititikberatkan oleh setiap pengguna jalan raya terutamanya kepada penunggang motosikal.

Terbaru, viral di media sosial mengenai video kemalangan yang berlaku ke atas penunggang motosikal disebabkan oleh cara pemakaian jaketnya yang tidak betul dan kurang selamat. Video ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Fatin Khalidah sehingga mendapat perhatian oleh warganet.

Jaket tersangkut hingga hilang kawalan

Hari ini nak share kemalangan yang jadi live depan mata kami semalam. Tujuan post ini dibuat adalah sebagai peringatan dan diambil ikhtibar atas apa yang berlaku.

Dalam video ini, boleh nampak baju jaket yang dipakai mangsa, menjadi potential threat or fatal pada mangsa, tersangkut dan menyebabkan mangsa hilang kawalan. Jaket tersangkut pada tayar motor dan membelit leher mangsa menyebabkan saluran pernafasan mangsa blocked.

Pakai jaket tanpa dizip membahayakan

BACA JUGA: Mahu Kerja Di Singapura, Nak Pakai Agen, Tapi Takut Kena Tipu?

jaket

sekadar gambar hiasan

Mangsa nampak memang 50-50 masa husband dan pak cik first tu datang tolong. Mangsa sedar beberapa minit kemudian berkat bantuan orang awam bantu cpr. Alhamdulillah ramai rakyat Malaysia yang prihatin. Ramai sangat yang berhenti tolong payungkan.

Based on apa yang saya saksikan sendiri semalam, how mangsa struggle. Boleh dikatakan pakai jaket atau raincoat backward atau kebelakang tanpa dizip boleh membahayakan nyawa anda!

‘Syukur Allah izinkan kereta kami berhenti’

jaket

Dan jangan lupa baca doa setiap kali memulakan perjalanan. Alhamdulillah Allah lindung kami sekeluarga berkat baca doa setiap kali kereta mula bergerak. Kalau motor tu terpelanting pada kereta kami, pun tak tahu lagi apa nasib kami.

Syukur pada Allah juga kerana izinkan kereta kami berhenti, tak terlanggar mangsa walaupun struggle husband kawal kereta masa tu.

Mujur masa kejadian, husband yang drive dan cepat-cepat bertindak keluar tolong. Hayyan Anaqi pun duduk dalam carseat dia masa tu. Kalau jadi dekat diri sendiri sorang-sorang, dengan kalut, berdebar, jadi blank tak tahu nak buat apa.

Pakai jaket atau baju hujan dengan betul

So pada family dan kawan-kawan yang menggunakan motor ke tempat kerja atau mana-mana please pakai baju tu betul-betul and proper. Malang tu tak berbau. Sekelip mata je boleh jadi.

Semoga Allah lindungi perjalanan kita semua sekeluarga walau kemana jua destinasi yang dituju. Semoga mangsa selamat dan dikurniakan kesembuhan secepatnya oleh Allah. Amin ya rabb.

Sumber: Fatin Khalidah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here