‘Kalau Bahasa Inggeris Saya Tidak Betul Saya Tak Malu..’ – Raja Permaisuri Agung

0
2575
bahasa

Pada hari ini, kita dapat lihat ramai dari kalangan kita seolah-olah mengagung-agungkan penggunaan Bahasa Inggeris sehingga ada kala terlupa akan bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu. Malah jika diperhatikan, sebilangan mereka yang kurang fasih dalam Bahasa Inggeris ini akan dipandang rendah golongan tertentu hanya kerana tidak mampu bertutur dalam bahasa itu dengan baik.

Terbaru, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter menyatakan pendapatnya tentang Bahasa Melayu yang kini dilihat semakin dipinggirkan sesetengah rakyat Malaysia sendiri.

Ada kala tak betul

bahasaDalam satu tweetnya semalam, Tuanku mengakui baginda kadang-kala malu apabila penggunaan Bahasa Melayunya kurang tepat. Namun katanya, baginda tidak akan berasa malu jika Bahasa Inggerisnya tidak betul kerana ia bukanlah bahasa ibundanya.

Kadang-kadang ditegur anak

bahasa

Bukan itu sahaja, baginda turut berkongsi bahawa dirinya sering diketawakan anak kerana tidak berbahasa Inggeris dengan betul.

Dapat perhatian netizen

Ternyata, tweet itu mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong pendapat yang disampaikan baginda.

Malah ada juga memuji sikap Tuanku yang merendah diri selain turut meluahkan pendapat masing-masing berhubung perkara itu.

Setakat ini, Tweet itu telah berjaya meraih lebih 30k rt dan 52.2k tanda suka tidak sampai sehari ia dimuat naik.

Sumber: Twitter Cheaminahsayang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here