Anak Syurga Azal, Kirim Doa Buat Bayi Pra-Matang Abby Abadi di Hadapan Kaabah

0
9989
doa

Anak Syurga Azal, Kirim Doa Buat Bayi Pra-Matang Abby Abadi di Hadapan Kaabah | Seperti yang sedia maklum, Abby Abadi telah selamat melahirkan seorang anak lelaki Muhammad Danial Firman Faizal pada bulan lalu secara pembedahan. Namun, agak menyedihkan apabila anak lelaki mereka telah dikategorikan sebagai bayi pra-matang.

Disebabkan anak lelakinya dilahirkan sebagai pra-matang, Muhammad Danial Firman atau lebih dikenali sebagai Baby D ini terpaksa dimasukkan ke NICU untuk penjagaan yang lebih rapi.

Ramai yang mendoakan Baby D!

Sepanjang Abby Abadi berkongsikan perkembangan mengenai Baby D ini, ramai yang mendoakan agar anak ini sentiasa kuat dan bertahan sehingga sihat seperti bayi-bayi yang lain.

Doa dari anak syurga…

Menerusi laman Instagram peribadi milik Abby Abadi, dia telah memuat naik sebuah gambar yang memaparkan kiriman doa dari seseorang buat bayinya. Agak mengharukan apabila doa tersebut telah ditulis sendiri oleh anak syurga Azil, yang merupakan anak lelaki kepada pelakon Zarina Zainuddin.

“Alhamdullillah. Syukur! Moga ALLAH makbulkan doa Azal ye agar Baby Danial cepat sihat & membesar sebagai johan.” Tulis Abby Abadi.

Azal di hadapan Kaabah

Ramai yang terharu!

Gambar doa yang dimuat naik oleh Abby Abadi, menarik perhatian orang ramai dan rata-ratanya terharu dengan doa kiriman Azal buat bayi pra-matangnya itu.

Semoga segalanya dipermudahkan!

Ramai jugak yang mendoakan Baby D!

Semoga doa dikabulkan Allah!

Semoga bayi lelaki Abby Abadi ini dapat membesar dengan sihat dan kuat seperti kanak-kanak yang lain. Insha-Allah segalaya akan dipermudahkan olehNya.

Sumber: Abby Abadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here