Atasi Masalah Jammed, Ambulans Lambat. KKM perkenalkan Motosikal First Medical Respond.

0
598
ambulans

Atasi Masalah Jammed, Ambulans Lambat. KKM perkenalkan Motosikal First Medical Respond. | Wow, nampak hebat betul motor ni kan? Khabarnya, ini inisiatif terbaru yang digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengatasi masalah kesesakan jalanraya yang menghalang ambulans tiba dengan cepat sekaligus mengakibatkan bantuan kecemasan lambat diberikan.

Inisiatif ini dilihat sangat baik. Perkongsian ini dikongsi oleh Mohd Ismail Ibrahim melalui Facebook Beliau.

PILOT PROJEK ATASI AMBULANS LAMBAT DI JABATAN KESIHATAN SARAWAK

InsyaAllah Kesihatan di Sarawak akan ada satu lagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan untuk sekitar bandar utama. Sebagai permulaan, pilot projek ini akan dilaksanakan di Kuching, Miri dan Sibu (seunit setiap bahagian) terlebih dahulu.

Motorsikal atau skuter ni akan digunakan oleh petugas kesihatan sebagai “First Medical Respond” ke tempat kemalangan untuk mengatasi masalah jem yang menyebabkan ambulans lambat tiba.

Hopefully pilot projek ni berjalan dengan lancar dan dikembangkan menjadi full team.

Ps : jangan pulak korang tahan motor ni utk hantar orang beranak or mintak tumpang pegi spital. Bukan gojek oi!

SUMBER: MOHD ISMAIL IBRAHIM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here