Asnaf Mengadu Sempit, Minta Jubin Penuh Rumah

0
247

Pengasas pertubuhan sukarelawan kebajikan, The 3rd Force (Thirdforce), Dr Raja Shamri Raja Husin kecewa dengan sesetengah golongan asnaf yang seolah-olah tidak bersyukur.

Laporan mStar Online menyatakan, kekecewaan tersebut diluahkan dalam satu posting di Facebook.

Katanya ada seorang asnaf yang merupakan seorang ibu tunggal dan memelihara anak kelainan upaya mengadu rumah seluas 800 kaki persegi yang dibina di Pasir Putih, Kelantan adalah sempit.

“Beberapa hari lepas ada asnaf yang kita pernah bantu untuk bina sebuah rumah yang sangat cantik dengan rekaan moden kontemporari datang mengadu, katanya rumahnya sempit dan mintak kita pasang ’tile’ (jubin lantai) penuh rumah.

“Katanya juga sistem pendawaian kita tak sempurna, wayar kena makan tikus dan kena tambah satu lagi tiang elektrik, kena buat telaga tiub dan macam-macam lagilah… semuanya selepas lebih satu tahun.”

Permintaan tersebut menyebabkan Raja Shamri menyesyaki yang ada pihak cuba menghasut wanita berusia 50 tahun tersebut.

Mungkin ada benarnya apabila beliau mendapati ada pihak yang datang berkempen dari rumah ke rumah sempena musim pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Memang biasa berlaku asnaf mengadu begini, tapi biasanya ia melibatkan pihak ketiga dan kita kena faham bahawa asnaf ini bukan sahaja kekurangan dari segi wang, tetapi mereka juga kurang ilmu, akhlak dan iman.

“Maka, kami kena berlapang dada. Tapi, diharapkan janganlah kufur dan tidak bersyukur kerana ia boleh membuatkan pemberi sumbangan ‘lari’, katanya kepada mStar Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here